Sukantara SMK Bandar Seri Alam

Ku sangkakan sukan tu punyalah membosankan. Rupe-rupenya tidak.
Walaupun memenatkan tapi seronok habis! Seronoh sangat hari ni sekolah buat sukantara.

Hari ni sukan mula tengah hari sebab nak sambung buat aktiviti sukan semalam yang tergendala gara-gara hujan. Part yang paling tak seronok bila kena berjemur tengah panas.
Sesungguhnya aku bagaikan puteri lilin yang tak suka kena panas.

Hari ni rumah sukan kite (violet) buat lontar peluru dengan lompat jauh.
Susah jugak ek nak lontar peluru tu rupanya. Bolanye dah la berat. Yang kite ni pulak tulang je yang ade.
Terasa macam nak tercabut tangan masa melontar. Nasib baik lepas.
Kalau tak, Cikgu Adaviah cakap dia nak potong markah. Ish3..

Lepas rehat, kite pergi buat aktiviti lompat jauh pula.
Yang ni paling tak seronok sebab kite tak reti nak lompat jauh.
Lepas lompat cikgu kata batal, kena buat lagi.
Kite pun apa lagi, terus cabutal lari sebab kite memang tak reti lompat jauh.

Taktaulah mengapa. Hari ni boleh pula tubuhkan kumpulan baru. Kumpulan 'The Cer'..
Sebab tadi kite, Jhun, Marwan dengan Amirul sama-sama pergi jumpa Cikgu Evanna.
Nama kumpulan tu 'The Cer' sebab kitorang 4 orang pakai cermin mata.
Banyak dah sebenarnya kumpulan yang kitorang dah tubuhkan.
Entah lepas ni kumpulan apa pula agaknya.

No comments:

Post a Comment