Kenapa dengan hari ni? Terasa frust tahap infiniti. Adakah hari ni hari malang sedunia?
Nak happy sikit pun payah.

Masa mula-mula sampai sekolah ada la juga rasa gembira tu.
TAPI hamba Allah yang mana entah baik hati sangat pergi hilangkan pen pilot kite.
Sedih tau. Nak nangis tapi taknak. Tahan je. Sengaja nak bazirkan kilang air mata orang.
Dah la tu pen kesayangan. Ke hulu ke hilir dengan pen tu.

Lepastu, akak senior datang kelas nak jumpa rumah sukan Violet.
Kite memang sah-sah malas nak keluar. Nak suruh orang pergi perbarisan.
Huh! Memang tak lah. Manalah kite aktif koko ni.
Lagipun rumah kite rumah batu, bukan rumah Violet. Haha *loya buruk pula*
Tapi.. Tapi.. Ada pula budak yang sengaja letak nama kite sekali.
Memang tempah maut namanya tu.

Lepas solat asar, balik kelas.
Shahirah pula menangis sebab ada orang baling-baling telekung dia.
Memang bangang tahap infiniti siapa yang buat macam tu.
Perangai macam Paramecium tak cukup sifat je.
Kesian Shahirah, penat mencari telekung dia.
Dah la dia tengah puasa.

Masa nak balik sekolah, hujan lebat.
Kite dengan Ain redah je hujan tu sebab malas nak bersesak dekat Anjung Perdana.
Memang basah kuyup lah jawabnya kan.
On the way nak pergi dekat bus stop, terserempak pula dengan Jhun.
Selalunya balik kite tegur dia, tapi harini tak. Sebab kite merajuk dengan dia.
Jahun panggil kite suruh maafkan dia, tapi kite buat donno je.
Ada pula lahai adegan tarik-tarik beg. Mengalahkan citer hindustan.
Lepas Jhun dah pergi, Ain boleh pula cakap yang kite dengan Jhun macam SWEET COUPLE..
Sebabnya jhun pujuk kite bawah hujan. Heh, boleh pula gitu. hihi