cube korang tengok gambar tu.. comel kan? korang tau kan tu ape?
siapa tak kenal dengan haiwan yang comel++ ni..
kepada sesiapa yang tak tau, ni lah yang namanya sugar gliders..
sugar glider cuma ada kat area Australia, New Zealand, New guinea dan Indonesia (kalau tak silap lah) tapi dye tetap boleh hidup dan membiak kat Malaysia..

Mereka mempunyai karakter, perasaan dan segala sifat yang paling manis untuk seekor binatang peliharaan yang kecil..
Haiwan ni terkenal sebagai haiwan peliharaan yang bersaiz poket, sebab saiz dia yang kecik dan comel..
Memelihara sugar glider adakalanya mudah dan adakalanya leceh..
Penjagaan umum mereka jauh lebih rumit dari 'rodent' dan mereka memerlukan kasih sayang dan perhatian daripada pemiliknya..
Bayangkan karenah budak berumur 3 tahun?
Adakalanya seronok melayan mereka, ada kalanya menyakitkan hati..
Mereka pintar mengambil perhatian kita dan gemar bermain..(macam budak2 lah kan?)


Sugar glider makan buah2an & ulat utk protein..
Diorang nih golongan haiwan berjage malam..
Kalau yang liar memang gigit dan lari tapi kalau yang jinak punye dia lebih suka duduk dgn kite..

Dari apa yang kte baca, sugar glider memang manja dan boleh mati sebab kesunyian.. huhu
ade sesiapa yang manja macam sugar glider tak? Cepat like entry ni 10000kali.!

amacam ada rasa nak beli tak? Kat Malaysia ni memang takder hal untuk bela sugar glider ni..
cuma nak kene ada minat dengan $$ lah..
kalau nak beli boleh pergi rujuk forum yang ada kat Malaysia untuk maklumat lanjutlah..
korang cuba klik sini untuk tengok2.. ->> mudah.my

kalau korang ade tau pape lagi macam kat mana boleh dapat harga murah, share2 lah kat kotak komen kte yekk.. =)


Linksumpah comel gila sugar glider ni..
memang dah lame teringin nak bela cuma takder $$ jer..
kalau dapat sekor kan syokk.. kalau dapat sepasang lagi syokk.!
tapi masalah nyer mahal wehh..
ade sesape nak belanje tak?
ehm2.. hehe..