Hari ni update pasal '7 kunci kejayaan orang yang berjaya'
so sekarang ni kita nak tanya "ANDA INGIN JADI ORANG YANG BERJAYA?"

apakah anda penakut?
apakah anda pemalas?
apakah anda takut gagal?

Orang yang berjaya adalah orang yang terus mencuba, walaupun telah mengalami banyak kegagalan. Ia memandang kehidupan sebagai peluang untuk mencapai kejayaan. Bagaimana dan mengapa mereka boleh menjadi yang teratas di bidang masing-masing, dari sukan, pendidikan, hingga ke perniagaan. Apa sebenarnya yang mereka tahu dan lakukan untuk menjadi orang berjaya?

Berikut ada tujuh perkara yang dilakukan mereka dalam meraih kejayaan:

1. Orang berjaya berani mengambil risiko
Mereka berupaya untuk mencapai target, melakukan kajian, membuat networking dengan ramai orang, dan bersungguh-sungguh mencuba sesuatu yang baru seiring dengan perkembangan zaman. David C. McClelland, seorang guru besar yang mendalami perjalanan orang-orang yang berjaya serta telah melakukan penghijrahan ke banyak negara dan melatih usahawan kecil, menyatakan cara menjadi usahawan kecil yang berjaya adalah dengan menjadi pengambil risiko meraih kejayaan..Namun begitu untuk berani mengambil risiko mestilah mempunyai persediaan yang lengkap bukan main terjah aje.

2. Orang yang berjaya percaya kepada diri sendiri dan merasakan bahwa mereka berbuat sesuatu untuk dunia.Mereka memandang sebuah dunia yang besar dan ingin memainkan peranan penting di dalamnya. Mereka tetap bekerja sesuai mengikut keterampilan mereka, sambil tetap menyedari bahawa keterampilan memberi nilai kepada keterampilan lainnya. Mereka juga sedar, kerja mereka adalah yang terbaik dan akan menghasilkan keuntungan bagi mereka.

3. Orang yang berjaya menikmati apa yang sedang mereka lakukan.
Mereka mampu melihat pekerjaan yang mereka lakukan sebagai sesuatu yang menyenangkan hati ; jika mereka bekerja di mana mereka dapat nampak unggul dan menjadi pekerja terbaik. Orang yang berjaya menyukai persaingan; mereka menikmati pencapaian di puncak permainan mereka.

4. Orang yang berjaya adalah pelajar seumur hidup.
Mereka menyedari, pendidikan tidak pernah berakhir tapi dimulai di setiap tingkatan kehidupan dan terus berlanjutan hingga akhir kehidupan. Pendidikan tidak terbatas di ruang kelas; maksudnya sentiasa mencuba idea yang baru, membaca buku, surat khabar, majalah, dan menggunakan Internet merupakan bentuk pendidikan.

5. Orang yang berjaya berpandangan positif terhadap apa yang mereka lakukan, dan ini meluas pada hal-hal lain.
Mereka percaya gelas itu setengah penuh dan bukan setengah kosong. Mereka menanamkan semangat pada diri sendiri dan dapat membayangkan diri bagaimana mereka berhasil menyelesaikan suatu tugas sukar atau mencapai penghargaan tertinggi. Orang yang berjaya bagaikan pelatih bagi orang lain, dengan memberi pesanan-pesanan positif dalam kehidupan sehari-hari. Mereka gembira melihat orang lain membuat tonggak sejarah dalam kehidupan mereka.

6. Orang yang berjaya mempunyai banyak cara untuk memotivasi diri sendiri.
Ada yang dengan cara melakukan beberapa cara setiap hari pada bidang berbeza. Seorang pemuda memotivasikan dirinya sendiri dengan mencuba mendapatkan lebih banyak wang daripada kakaknya. Seorang wanita berusia 29 tahun menjadi doktor terkemuka untuk menunjukkan kepada bekas gurunya bahawa dia memiliki keterampilan dan kecerdasan layak untuk mencapai profesion itu.

7. Orang yang berjaya menyelesaikan tugas bukan separuh jalan, dan mereka menggunakan cara kreatif dalam meraih kejayaan.

Meskipun mungkin memerlukan waktu lebih lama, mereka akhirnya mencapai garis penamat. Mereka manfaatkan masa dengan baik dalam mensinergikan kemampuan fizikal dan mental untuk mencapai kejayaan.


Siapa tahu kita pun mampu mengikuti jejak mereka. Kan?