Tadi kat sekolah, family 3A semua macam terlebih happy jek.
Masing-masing mood baik gilez.
Tengok gelagat diorang je dah dapat buat kte tersenyum sorang-sorang.

Masing-masing dengan perangai kebudak-budakan.
Dengan main kejar-kejarnye, lawaknye membuatkan senyuman semua orang tak lekang di bibir. Fuhh~

Masa waktu pertama(PSK), cikgu Hanafi kasi kitorang tengok video.
Video pasal ape ntah, tak reti nak cakap. Gomen'nasai~
Cikgu pesan, kte kene hargai ibu ayah kte selagi diorang masih ada.
Video tu buat kitorang insaf sekejap sampai ada yang mengalir air mata.

Teringat pasal haritu terjatuh kat tangga rumah. Tapi tak tergolek pon tauu.
Lutut terhentak kat tangga jea. Lebam tapi tak lebam. Acane tu? err =='
Dia macam terluka kat bahagian dalam.
Ala~ Lebih kurang macam buah kalau jatuh kan ada macam lebam tu.
Ha~ macam tu lah.

Tetiba tergerak hati nak tanya macam mana nak baikkan lutut tu dekat member merangkap adik-adik manja yang tak berapa ku nak sayang kot. (Khuzai & Dauz)
Huh! macam-macam cara yang diorang syorkan.
Ada ke patut diorang suruh amik pisau, belah bahagian lebam tu then keluarkan nanah/ape bende ntah.
Eeiishh!~ Macam tak geli pulak kenn. Hadoii~
Risau jek kalau jadi makin terok.


BTW, sorry kalau korang datang blog ni then asyik baca post yg sama
busy dah skrang ni, exam dah dekat.
nak hupdate pown kene ade mood gak kan.