Ciri-ciri anak sulung, tengah dan bongsu

ANAK SULUNG

Anak sulung maksudnye cahaya mata pertama dalam keluarga. biasanya kalau jadi anak sulung ni korang akan dapat tumpuan kasih sayang dan perhatian yang secukupnya daripada ibu dan ayah - sampailah dapat adik baruuu~~ lepas dapat adek baruuuu... korang mulalah nak jelly sebab adik korang telah mencuri privilege yang korang dapat sebelum ni! ekeke. tapi bila korang dah meningkat remaja, korang lebih pandai bawa diri masing-masing. maklum lah, namanye pon sulong~ ^^

korang sanggup berkorban demi demi adik-adik. biar abang/akak tak makan takpe, jangan angah, achik tak makan. wuuu.. terharu. :p ahlong along jugak adalah anak yang diharapkan dalam family. kalau dalam tentera , korang ni dikira pangkat lieutenant la. senang cakap, anak sulung ni normally jadi mom's or dad's right-hand person. power korang lebih yo! hahaha

Ciri-ciri yang ada kat anak sulung :

1. Bersikap pelindung. 
lagi-lagi kalau anak sulung lelaki. kalau dia ada adik perempuan.. boifren adik dia mesti susah hati. abang long biasanya akan safeguard hal-ehwal adik2nye. nak pegi wayang? nak keluar makan? balik lambat? tanya along dulu. tapi yang bezanye... kalau abang long, dorang akan ceramah kat boifren adik dia tu sendiri. kalau kak long plak... adik dia tu sendiri kena ceramah. untung laaa... ekeke

2. 'Suka' bertolak ansur.
standard la tu... sebagai role model, along ni pandai nak handle give-and-take dengan adik2. yelah...
mak ayah dah didik macam tu kan - 
"along, makan pizza tu ingat la dekat adik kamu~
"along, bagi la kak ngah pakai kete kamu kejap, kamu bawak la skuter tu ha...
"along, cuba jangan marah2 budak tu? beralah la sikit dengan adik...
lalalaa... ^^ eh tapi serius... kak long, abang long ni memang caring orangny... itu natural la. kalau tak disuruh mengalah pon, dorang akan bagi jugak adek dorang menang. betol tak, long? :D

3. Ego.
ini wajib. anak sulung ada rasa extra important dalam diri dia. dorang akan rasa segala benda perlu ikot piawaian dia. along suka fikir banyak! dan dorang fikir untuk adik dia la... cumanya - selalu dorang tak boleh terima pendapat yang go against his/her will. sifat ni jugak la yang sebenarnye meletakkan dorang sebagai anak sulung yang melindung. chewah! baek punya bekap ye. hiks. betol beb, kalau along tak tegas, siape nak jadi referee bila angah dengan adik gadoh? haa... kau tu hingus pon aku lapkan dulu, berani kau nak cabar keputusan aku?? sudah!! dudok rumah! tolong mak masak. =p

4. Sering berjaya dalam hidup.
okaaaayyy... kejayaan tu subjektif. tapi sebagai yang sulong, korang mesti rasa PERLU/WAJIB untuk jadi contoh dan teladan bagi adek dorang. dorang wajib cemerlang dalam exam, wajib masuk U, wajib grad dengan pointer cun melecun, wajib kerja elok.. so that later, parents can simply marah adek korang
"cuba ko tengok along tu! mengaji elok, kerja elok. cuba ikot, jadi macam dia!" dan dorang boleh membisu seribu bahasa sambil hati di dalam berbunga-bunga. elele, ngaku je la... kembang habis dah! hihi~

5. Lebih pandai ambik hati orang tua.
fuuhhh.. anak sulung ni memang pilihan utama ibu bapa. disebabkan dorang sulung, so dia lebih dekat dengan parents. dari situ dia akan develop satu skill yang adik beradei lain normally tak dapat kuasai - skill kematangan jiwa dan minda. cakap pon dah macam orang dewasa kan, sebab banyak berinteraksi dengan ibu ayah. hal kerja ibu ayah pon, kekadang along yang tolong cover. hahaha. so, kalau along kata tak boleh tu maknanya tak boleh la.. dorang buat macam tu pon selalunya demi kebaikan adik dorang jugak.

6. Mempunyai nilai tanggungjawab yang tinggi
wajib jugak lah yang ni. 
"along, mama nak keluar ni. tengokkan adik ye. kunci pintu, pagar. kalau ada orang call, jawab. kalau ada orang datang umah, call mama cepat2.
see? segala benda yang dikira sebagai tugas dan amanah - adalah tertanggung di bahu anak sulung.... korang lah tu! stail kan? menjadi harapan ayah ibu... oh~


ANAK TENGAH

definisi anak tengah ni... payah sikit nak describe. yelah... kalau korang 3 beradik je... sah-sah yang nombot dua tu angah kan? tapi kalau korang 4 beradik? 6 beradik? 10 beradik? sape yang tengah? dari yang kedua sampai ke sembilan - semua tengah ek? wakaka..

#sidenote - hm... apa yang kite perhatikan... yang tengah tetap tengah. cuma kite nampak kecenderungan nak diasimilasikan menjadi sulung atau bongsu tu bergantung kat peratus ketengahan korang tu. hahaha. paham tak kite merapu ni? ok, camni. let's say...
korang ada 4 adik beradik (termasuk korang lah). kalau korang anak kedua dari empat... korang somehow akan terlebih hormon sulung berbanding bongsu. kalau korang anak nombor tigaaa.. 60% personaliti korang adalah anak tengah, 15% ciri kakak/abang korang.. dan 25% korang dari adik bongsuuu.. wallahualamm..^^"

biasanya anak tengah ni pelik sikit dari anak-anak yang lain. standard lah - kecelaruan identiti. bhaha.
ini especially bagi yang betul-betul tengah - bukan yang sipi-sipi nak jadi bongsu tu. hee~
korang... eh silap; dorang lebih gemar berdikari dan buat hal sendiri. why?? sebab korang.. eh! dorang dok tengah-tengah...so agak terlindung siket dari pandangan ibu ayah. heee... selalunya parents akan "terlebihkan" yang sulong atau bongsu, so korang pun ala-ala lagu "Sekadar Di Pinggiran" gittew~

dalam banyak hal dorang akan rasa diri dipaksa untuk mengalah kepada si sulung atau si bongsu. sebab tu la korang dorang jugak kadangkala mudah dilanda tekanan. stress oooo, jadi anak tengah ni~~ Oleh itu, anak tengah coba nak buat yang terbaik bagi diri dorang sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang lain. along, achik... MYOB. lol!


Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :

1. Lebih berdikari berbanding dengan si sulung atau adik beradik yang lain
kak long, kak chik... we olls anak2 tengah ni tak heran uolls dapat phone baru ke, set mekap baru ke, kete baru babah bagi ke... we olls bleh carik duit sendirik, hokaaayyhh~ sentap tak? lol! anak2 tengah biasanya tak suka amik pot pasal adek beradek laen. lantak korang la nak tunggang langgang ke, nak berhoyeah-hoyeah dengan duit mama papa bagi ke... janji keje gua setel, topup gua masyuk, makan gua cukup... setel.

2. Lebih percaya dengan keyakinan sendiri.
anak2 tengah ni ada satu sifat berani yang takde kat anak2 laen. let's say anak sulung dalam dilema samada nak naik motor atau call papa nak pinjam honda civic papa sebab nak pegi kedai kat seksyen sebelah. dibuatnye anak tengah ni tengok along dia serabut... angah selamber je amik kunci civic tu, dan drive kak long pegi beli ikan kat Cold Storage kat Alamanda. "don't worry, papa tak marah punya" . kondifen habes!! hahaha

3. Suka mencuri perhatian dengan cara tersendiri
ni sifat terpuji korang la ni. ade je cara nak bagi orang amik kesah pasal dia. korang yang tengah2 ni memang takleh jadi normal ek? hahaha. sikit2 nak laen dari yang laen. orang masuk asrama, korang tanak... nak sekolah biasa. achik beli BlackBerry, korang nak pakai android...sebab taknak sama achik. achik dengan along masuk matrikulasi, korang nak keje, carik duit... adoihh... amik la spotlight tu~ korang memang tak kesah kalau eksiden masok sepital - sebab time tu ramai je datang melawat. yes!! mission accomplished! puas hati!! bhahaha. ok aku gurau je. =="

4. Sering merasakan diri mereka terpinggir.
ini gua takbleyh buat apa la beb... lu sentap bila mak bagi along iPhone 4s... abang chik dapat Galaxy Note... lu pakai Nokia Express Music je... nak tukar mak cakap "pakai la yang tu dulu, elok lagi" wlopon si dek chik baru je trade in galaxy tab 7.0 dia yang baru pakai 6 bulan tu. tengok je la baju2 korang - berapa kerat je yang baru... dari kecik lagi korang dah kena pakai baju "warisan". along tak muat je, dapat la kat korang. along beli baju baru, baju lama dia cycle kat korang lah.. alololo... ciannye jadi anak tengah~

terpaksa Terlalu mengalah
erm... ini ... bukan kebenaran. sekian. LOL!

anak tengah ni orang selalu label sebagai pemberontak! rebellious! ade je yang dia nak bangkang. ade je yang tak kena, tak puas hati. ah! along tu cakap semua nak betol! nak menang kat dia je (padahal memang betol pon apa yang along tu cakap). mummy dengan daddy manjakan sangat si achik tu! dah jadi degil camtu, sape susah!? haaa.... todiah~

kalau anak tengah ni... memang kita maklum, sifat diplomasi dorang agak hampir lupus berbanding yang sulong. dan dorang tak reti sangat nak gedik2 manja cam anak bongsu... tapi korang jangan taktau~ anak2 tengah ni la yang selalu jadi penyelamat keadaan. siyes~ at the end of the day, para angah sekalian akan tampil sebagai hero dan heroin, sebagai pemudah cara, yang tetiba come up with brilliant ideas and solution. hehe... kenapa? memang sifat anak tengah TAK SUKA KALAH (wlopon terpaksa mengalah). so, in a way dorang memang lebih kreatif dalam mencari 'kemenangan'. WIN! ^^


ANAK BONGSU

dengar je perkataan "anak bongsu" korang leh senyum... dah bleh bayang camne la sikap anak last dalam family nih. KORANG sering digambarkan sebagai seorang yang MANJA dan NGENGADA. seboleh-boleh nak orang lain ikot KEHENDAK korang je. kan kan kan?? hahaha. terasa tak? ekeke

korang perlukan orang lain untuk melakukan apa saja yang korang nak. "achik tu nak beli laptop... belikan je lah, bang. laptop lama dia tu boleh saye pakai~". tapi...haha... hari tak selamanya cerah. wlopon korang dorang hidop ditatang bagai minyak yang penoh, tapi sebab title korang tu anak last... so ummi dan ayah nak jaga kamu elok2... in other words - banyak la pantang larangnya!

since korang dorang ni lemak lebeyh...semua benda nak, bleh dapat... sense of berdikari tu kureng tau. sebab tu anak2 bongsu ni selalunya baek dengan anak sulong. yelah... nak menempek kat angah, ude, alang... masing2 kekwat, taknak kawan, panggil korang gedik, anak mama... pfffttt... so menyendeng la kat alongg~ untung2 kalau gadoh dengan angah nanti, ada orang nak bekap. wheee~

mungkin mak bapak sentiasa rasa anak bongsu perlu perhatian yang extra berbanding anak2 laen. tengok je la... kalau anak bongsu yang kawen... sumpah meriah kenduriknye (klo nak dibandingkan dengan yang atas2 tuuuu... ) =D. sanggup berhabisan bagai nih, sebab anak last. baju seluar kain, semua musti baru... tak pakai la yang angah pakai... itu dah recycle dari along.. dah second, third round dah. tak maen laaa... kan kan kan? "abah, nak beli skuter" "kenapa skuter? jom, kita gi PJ, beli kete" =p


Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :

1. Happy go-lucky dan yakin diri.
uuuuiiihhhh... happy-nye tak terkata! maklumlah... segala tok nenek korang nak - dapat. mintak je ap pon, kalau kat along, "along, amik rm100 ni... lebih simpan, guna untuk depan2 nanti". kalau kat angah "50. cukup? ha ada lebih bagi balek." kalau anak bongsuuuuu.... "cukup ke 100? topup ada dah? nah, ambik lagi 50. tak cukup, mintak kat angah dulu, nanti mama bagi laen ye." maka dengan kondifennye korang akan berbuat apa sahaja menurut kemahuan hati~ untung laa... mummy daddy sayang~ hehe

2. Manja
hahaha. takdelah. tapi betoooll... anak bongsu ni memang terkenal dengan sifat manja lah! menempel je kejenye, membodek je kejenye. nak pulak along jenis sporting, supportive... memang lemak+lemau la korang ye! kalau gado dengan angah ke... ngadu kat along sure dapat bekap. kalau along geng angah, ngadu kat papa... sure along dan angah tewas dalam perjuangan. hahaha. tapi harus diingat... once anak bongsu buat silap.. yang memang mak ayah pon takleh terima... abeh laa... sumpah kau kena trollololol kaw2 dengan along, angah, chaq, ude, alang, andak, ateh... sape nak lepaskan peluang keemasan membasuh korang sebersih-bersihnye, kan?? hahahaha

3. Berkeinginan dan bercita-cita tinggi.
ini sifat terpuji korang. sifat TAKNAK KALAH. korang kalau nak sesuatu... tak main la cikai2 punya. mesti nak yang paling grand yang ada kat situ time tu. kan kan kan? hahaha. orang ada aipong, korang nak aipong. orang beli galaxy note, korang nak note. biar along dengan angah susah takpe, asalkan korang senang dan lebih segala-galanya dari dorang. lol! dek terbiasa dikurniakan apa yang korang nak... slacknye korang kureng pandai berdikari. kalau humban dalam hutan kat pulau tengah laut.. either korang mati tak makan, atau mati kena makan. ekeke. memang spesis anak2 bongsu ni jenis "Dream big; Sky high" laaaa... tapi bab buat keje... takbleypakaipunyabudak. haha. eh bukan korang yang tengah baca ni... aku cakap anak bongsu yang laen~~ ^^"

4. Sukar membuat keputusan sendiri.
normal lah sangat ni. dah asik menempel je... semua benda orang tolong buatkan, tolong fikirkan... so bila dalam dilema, wojib dah la korang carik papa, mama, along, angah... mintak tolong buatkan keputusan. adooiihh... tapi bab kawen, bab nak berlaki berbini... pandai plak korang cakap "papa kena faham... ini soal hidup achik... jadi, biarlah achik yang buat keputusan..." pfffttt... hahahaha


ANAK TUNGGAL

bila ditanya ramai jugak yang nak jadi anak tunggal. ramai yang anggap seronok jadi anak tunggal ni. yelah. korang lah the King. korang lah anak emas, intan payung bucuk2 mama sorang. anak tunggal akan jadi tempat sepenuh tumpuan, perhatian dan curahan kasih sayang mak ayah. #obviously. 

cambest je ek? takyah susah2 berebut dengan sesape. takyah sebok2 nak kongsi bilik tidur dengan kak/abang/adik. pilihan kat tangan kau, keputusan pon kat tangan kau. segala keistimewaan hak2 seorang anak sulong dan seorang bongsu kau dapat. apa lagi mao~ hehe. dari sudut hubungan dengan parents, aku tak nafikan bahawa hubungan anak tunggal lebih kukuh dan erat. boleh nampak la, anak-mak-ayah saling memerlukan antara satu sama lain, saling menyokong dan menggalakkan. oh terharuuu~~


Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :

1. Sering merasakan diri mereka kesunyian.
hmm... ini... sebenarnya subjektif. tapi... berdasarkan pengalaman, wlopon aku ada kak sorang, tapii sebabkan jarak umor kitorang jaoh... so memang aku membesar sensorang la jugak. macam tunggal la kiranya.

sunyi beb. siyes... especially when it comes to the part where you have to tell your friends about your family, your siblings etc... nothing much can be talked about. hehe. orang laen ada adek beradek, bleh buat gadoh, bleh jadi punchbag, bleh pillow2 talk... tapi anak tunggal nak gado dengan sape? nak cakap dengan sape? dinding? dapur gas? haha... kalau main toys pon, sensorang je lah kot. maybe sebab tu daya imaginasi dan penaakulan anak2 tunggal dan/atau anak2 yang membesar macam anak tunggal ni tinggi kot. hihi ^^

2. Lebih berkeyakinan sebab dah terbiasa segala yang dihajati tercapai.
well, you know... jadi anak tunggal ni samadengan jadi anak emas. lagi grand dari anak bongsu, hokaaayy! korang nak apa? cakap je. before korang sempat pikir samada patot or tak patot mintak benda tu, korang dah dapat. hahaha. dah la tu, tak payah nak sebok2 kongsi dengan orang. heaven must be like this! so dari situ korang akan rasa kondifen yang extravagant. meriah uolls! cumanya... bila korang tak capai or dapat seperti apa yang korang kondifenkan tu.... jem teruk la jawabnye. maklumlah~ tak biasa dengan kegagalan...

3. Lebih bijak bergaul.
pengalaman membesar seperti anak tunggal membuatkan aku bersetuju dengan point nih. sebab? gua tau la beb... haha. anak tunggal takde adek beradek, tapi jiwa nak berkawan tu normal macam budak2 laen. jadi... solutionnya? ko nak berkawan, ko kena la pegi cari kawan! sebab tu anak2 tunggal ni kalau korang perhatikan, dorang memang ramai kawan. siyes dorang pandai buat member. campak ke hutan pon, biar seminggu je dah bleh jadi tarzan or george of the jungle. so takde istilah #foreveralone ye! hee.. itulah anugerah yang Tuhan bagi kat dorang atas kekurangan yang dorang dapat. Tuhan kan maha adil. =)

tapi, kalau korang perasan jugak... anak2 tunggal meriah berkawan, tapi bila dengan relatives, ahli keluarga... dorang macam kureng sket. aku pon tak pasti kenapa. erk... jangan tengok aku semacam plak... zzz...

4. Lebih cepat matang.
anak tunggal mewarisi segala ciri2 genetik dan personaliti anak2 sulong, tengah, bongsu. so macam korang buat milo tin, bancuh dengan susu pekat, masuk gula ke sikit... rasa akan berbeda dengan korang bancuh milo paket 3 in 1. yang paket tu cukup rasa dah! tambah air je. haa.. itu lah anak tunggal! perfect! hahaha.

dorang ni biasanya cepat matang disebabkan pergaulan. anak tunggal kawan dengan hampir semua orang. semua peringkat umur. dorang takde nak bias2 sangat... "eh kau anak sulong? eii, tak taste...dah tua. eh kau anak tengah? kesian kau.. *facepalm*. kau bongsu ek? gi mati... manja lebeyh ngalahkan aku..." hikhikhik. anak tunggal jugak mudah menerima dan diterima oleh orang2 yang lebih dewasa, disebabkan keupayaan dorang menyesuaikan diri dengan keadaan. untung laaa... ^^

5. Terlalu rapat dengan ibu bapa walau usia makin meningkat.
bila balek kampong, kalau boleh tu... nak tido sekali dengan mak/ayah. padahal ada je suami kat bilek sebelah. hihi. anak tunggal ni takde orang laen dah yang lebih rapat dengan dia melainkan mak ayah. so sebab tu la ikatan antara dorang ketat. dari kecik dok bawah ketiak mak... besor2 pon nak dok bawah ketiak mak jugak. pedulikkan jiran nak kata apa. anak dia ramai, tapi sorang pon tak balek jenguk kat kampung. acane? ini yang anak sorang je ni... paling koman sebulan sekali wojib balek makan nasik kat kampung. kau hado? haha

6. Sukar nak bertolak ansur dengan orang lain.
almaklum lah... dah selalu menang je kan. tak pernah kalah... bila dicabar mulalah melatah. bukan tak bleyh tolerate... cuma payah sikit nak dengar cakap orang. hehe... bagi yang kawen dengan anak tunggal, bawak2 la bersabar ye. tapi korang jangan taktau... anak tunggal ni sebenornye manja oooo. kalau kena gayanye, segala kehendak keperluan kemahuan korang akan dituruti. sumpah, untung la korang. siyes. ^^


sumber : google

No comments:

Post a Comment