aku teringin sangat nak ada banyak kesabaran..
supaya aku  tak rasa rugi bila aku terluka..
supaya aku lebih tabah..
supaya aku  tak mudah menyerah kalah..

aku pon teringin..
memahami diri orang lain..
memahami diri sendiri..
supaya aku tak tersilap langkah..
supaya aku tak mudah menyakiti hati dan perasaan orang lain..

aku ada keluarga yang selamber..
kawan-kawan yang sporting..
walaupun aku kekadang sensitif dengan cara diorang,
diorang tetap layan aku, sokong aku walau dalam apa keadaan sekalipun..
tapi bila dengan cinta, aku tewas, aku lemah..

tak ada ke orang yang faham aku?
takkan aku seumur nak bergantung pada kawan je bila aku sedih..
aku perlu seseorang yang mampu faham aku..
aku perlu kehidupan..
kenapa aku selalu cepat mengalah?
kenapa aku ni lemah sangat?

kalau boleh,
aku nak balik waktu dulu. waktu aku tak perlu nak fikir tentang apa-apa masalah..
waktu aku sentiasa heppy je..
waktu aku tak penah nak rasa tacing..
waktu aku tak penah risau orang tak text aku..
waktu aku tak penah sakit hati bila tak dilayan..

kat facebook, aku macam takde kebebasan untuk bersuara..
kat sini tempat aku nak luah semuanya..
aku nak kesabaran..
aku nak jadi tabah..

aku nak nyawa baru..
kenapa hidup ni indah sekejap je?
terasa tak dihargai. terasa aku yang sentiasa lakukan kesilapan..
orang sekeliling selalu menunding jari, menyalahkan aku..
meletakkan beban atas diri aku..
mungkin mereka dah jemu..
aku harap aku kuat..
aku harap aku dapat bangkit sendiri bila aku jatuh..

kekadang aku rasa lebih baik menyendiri daripada berada dengan orang yang tak mampu memahami aku..
permintaan aku simple.. aku tak pernah mintak perkara yang boleh menyusahkan hidup orang lain..

aku harap tahun 2013 nanti merupakan permulaan baru bagi aku..
aku taknak ulang kesilapan lalu..
aku nak belajar jadi manusia yang berdikari..
aku taknak bergantung harap pada sesiapa..
aku nak jadi seorang yang lebih berani..
dak aku juga harap aku dapat lebih kenal diri aku yang sebenar..

aku harap kalau aku dapat jawapan sebenar..
aku mampu tabah dan sabar untuk menjadi yang lebih baik..