photo of my dearest ikuto. 

Actually kite nak cerita benda ni semalam sebab semalam merupakan antara kenangan yang indah dalam hidup kite ni. Kenangan yang membuatkan kite tak boleh tidur dan asyik tersengih macam 'kerang busuk' je sepanjang hari.
Tapi disebabkan ibu suruh tidur awal 'cuz dye suruh teman pergi beli buku sekolah adik, jadi terpaksalah tunda meng-hupdate entry.

So, begini kisahnya.. 

Semalam ibu dengan ayah keluar taktau lah pergi mana. Keluarnya lama pulak tuh, dari tengah hari sampai petang baru balek.
Sebelum ibu nak keluar tu sempat jugaklah tanya ibu dengan ayah nak pergi mana sebab memang kebiasaannya kalau ibu dengan ayah keluar pergi mana-mana nanti kitorang adik beradik akan tanya diorang nak kemana. *biasalah, kami manja* tapi ibu cuma jawab 'adalah~'
Itu membuatkan ku berasa suspicious bagai ada yang tak kena.

Dah lepas berapa jam, ibu dengan ayah pun sampai rumah.
Nampak ibu bawak beg plastik besar. dalam plastik tu ada kotak besar.
kotak tu berbalut dengan sampul hadiah. 
dalam hati : apehal pulak ade hadiah tetibe, birthday kitorang adik beradik pun dah lepas.

Lepastu ibu hulur hadiah tu kat kite. kite pun dah mula rasa pelik dapat hadiah tiba-tiba.
Ditanya apa benda tu, ibu cakap bukaklah tengok.

Diriku dengan perasaan curious-nya bukak hadiah tu.
Sekali tengok ada ..... jeng~ jeng~ jeng~ *haha, kite tau korang tak surprice punsz

Ada laptop Sony Vaio warna putih.
Makin blur kite dibuatnya.

Ibu kata laptop tu hadiah sempena result PMR haritu.
Terpinga-pinga jugak kite dibuatnya sebab result kite takdelah best mane.
Nak tengok? Baca kat - SINI -

Masa tu memang tak terkata apa pun. cuma boleh senyum jek. mwehehe.
Lepas ni dah tak payah nak berebut laptop dengan adik lagi.

Eh! Jap.
Dah tu apa kena mengena dengan tajuk kat atas tu sister?

Haha, ntahla. ada kot. sebab lepas dapat laptop tu, kite macam dah tak betul sikit.
Shock agaknye.
Asyik buat random stuff je. Contoh?
Random singing, random dancing, random eating.. senang kata semua random-lah.

Dah tu je storynye. hehehe..
And, one more thing that made me happy is... blog kite dah bertukar domain. wee~
Dari http://natasya-pink.blogspot.com kepada http://http://www.natasya-pink.my