credit to : Iyra

Macam yang semua rakyat Malaysia dah tau, hari ni 19/12/2012. Tarikh penting utuk batch 97 yang bergelar lepasan PMR.

Lepas berapa hri tak boleh tidur sebab dok memikir macam mana result. Macam-macam mimpi kite dapat sepanjang masa menanti hari keputusan keluar tiba.
Akhirnya dapat kite tidur dengan nyenyak. =)
Walaupu result kite bukan straight A's tapi cukup menggembirakan ibu, ayah dengan family yang lain.

Sepanjang cuti ni takdak nak pikir pown pasal result ni tapi bila cikgu dah announce tarikhnya, huh hamek kaw. mula menggelabah.

Pagi tadi sedar-sedar dari tidur dah pukul 9.30, lagi lah gelabah dibuatnya. Ibu dengan ayah bangun awal tapi bukan nak kejut lepas tu diorag boleh lagi relax-relax kat dapur masak sambil berbual. *kurang asam betul. Dah nak dekat pukul 10.30 baru kitorang gerak pergi sekolah.

Sampai-sampai dekat sekolah nampak pulak makhluk yang tak diingini. haduii. spoil mood betul.
Masuk je kat dalam sekolah tengok semua budak form 3 dah berkumpul kat dewan Za'aba. aku yag baru sampai tu dah macam orang yang takde hala tuju.
Nampak Ieyna dekat dewan panggil-panggil so kite pown mulakan langkah nak pergi dekat dia lepastu tiba-tiba cikgu sebut nama pelajar cemerlang. Satu-satu nama cikgu sebut suruh naik pentas untuk bergambar.

Masa naik atas pentas tu tengok yang lain dah dapat result diorang, cuma kite je naik pentas terpinga-pinga lepastu tiba-tiba cikgu Masrina hulur kertas yang dah kene liminate dengan sehelai slip.
Sekali pandang dekat slip tu, hanya Allah je yang tau perasaan kite mase tu. Tak tau lah kenapa tiba-tiba badan terketar-ketar, menggigil padahal takda rasa sejuk pown.

6A 2B is mine.

Bila dah tau result, senyum kalau boleh nak sampai ke telinga. hehe. Sampai dah tak boleh nak berhenti senyum.
Semua ni berkat doa family, tunjuk ajar dan bimbingan daripada cikgu and member-member sekalian.