Penat bila asyik memikirkan benda tu lama-lama.

Eh, benda apa ?

Sebenarnya semalam pelajar form 4 sekolah kite dah dapat kelas masing-masing.
Dengan keputusan PMR - 6A 2B kite dapat kelas sain tulen.

Kite taktau sama ada kite sesuai ke tak dengan kelas tu. Cikgu kata kalau nak amek aliran lain boleh pergi buat rayuan dekat GPK HEM tapi kene bawa ibu bapa.


Buntu gila kot bila pikir nanti kene belajar kimia, biologi, fizik, add math segala bagai..
Kawan ada cakap kelas sain senang lulus tapi susah nak dapat gred A.
Ni yang buat kite risau yang teramat amat sangat.
Takut tak dapat nak follow.

Nak amek akaun? tak berapa nak minat pulak.
Nak amek seni? takkan lah kot.

Bila dipikirkan, dalam dunia ni banyak kerja yang melibatkan bidang sains. Betul ke?
Tapi sekarang ni ramai jugak budak yang amek sains tulen akhirnya menganggur je.
Haduii, macam mana ni?

Sejak dapat kelas sains tulen ni semua kawan panggil kite budak sains tulen.
Hari isnin nanti dah mula sesi pembelajaran.
Hari pertama sesi penbelajaran dah kene masuk kelas fizik. Tak macam gile pulak kan.

Acano neyh ?