Masalah perut buncit memang boleh mengganggu perasaan perempuan, kan?
Ya lah, ia seolah-olah mengurangi kesempurnaan penampilan. Nampak macam huduh jer! 
Frust menonggeng dibuatnya bila dah cuba macam-macam untuk menghilangkannya, tapi tetap tak berhasil.
Hurmm... macam mana nie?

Ada 6 fakta tentang lemak perut yang perlu kita ketahui!

1. Apakah itu “Lemak Perut”?
Perut buncit atau gendut berpunca daripada lemak visceral yang berada di antara internal organs dan torso.
Jika seseorang memiliki lemak visceral secara berlebihan dalam tubuhnya, jadi dia akan menderita obesiti sentral atau memiliki perut buncit.

2. Penyebab Lemak Perut
Perut berlemak disebabkan oleh lebihan kalori dan perubahan hormon. Untuk itu, mulakanlah pengambilan makanan sihat dan bersenam secara rutin.

3. Perbandingan Pinggang ke Pinggul
Kebanyakan orang beranggapan bahawa orang yang memiliki perut tidak rata pasti mengalami obesiti.
Perkara ini tidak benar sama sekali ok? Lemak visceral yang berlebihan tidak elok bagi kesihatan jantung dan boleh menyerang siapa saja, baik yang bertubuh langsing mahu pun gemuk. Cara untuk menentukan jumlah lemak perut yang dimiliki adalah dengan membahagi ukuran titik terkecil pinggang dengan ukuran terlebar pinggul. Untuk memastikannya, sebaiknya kita berjumpa dengan pakar pemakanan.

4. Lemak Perut Lebih Buruk dari Lemak Lainnya
Pada tubuh manusia terdapat lemak subkutan (lemak di bawah jaringan epidermins) yang umumnya kelihatan di lengan dan bahagian punggung, serta lemak visceral yang nampak di perut. Namun, ternyata lemak visceral atau lemak perut jauh lebih berbahaya bagi tubuh kerana selain sukar dihilangkan, ia juga boleh menyebabkan penyakit kardiovaskular, diabetes, dan kanser. Sedangkan lemak subkutan menyebabkan tubuh kelihatan menggelambir dan umumnya boleh dilenyapkan dengan aktiviti fizikal.

5. Mencegah Pembentukan Lemak Visceral
Lemak visceral dapat dicegah dengan menjaga pola makan sihat, mengurangkan stres dengan bermeditasi dan banyakkan meminum air masak untuk mengeluarkan garam/peluh dari tubuh. Pengambilan makanan seperti oat, roti gandum, beras merah, sayuran hijau, buah, kacang, ikan dan sebagainya. Elakkan makanan tinggi gula dan yang digoreng seperti bijirin bersalut gula dan gorengan. Liposuction atau operasi sedut lemak bukanlah cara efektif untuk membakar lemak visceral. Tapi hanya bermanfaat menghilangkan lemak subkutan dan tentunya bedah plastik ini amat berbahaya bagi kesihatan tubuh terutama organ internal.

6. Cara Mendapatkan Perut Rata
Menurut kajian Sains, setiap orang memiliki perut six pack , namun tidak semua dapat dilihat secara fizikal kerana longgokan lemak yang menimbun kat perut. Untuk mendapatkan perut rata yang menawan, salah satu kuncinya adalah melalui fitness dan pola makan sihat yang seimbang. Kita harus memiliki pola makan dan cuba seimbangkan pengambilan protein, serat serta air di dalam tubuh mencukupi.

Ingat, nak kurus bukannya dengan cara menyiksa diri tahan lapar tak tentu pasal.
Kalau setakat diet je takde function langsung. Rajinkan diri tu pergi bersenam.