Setelah beberapa hari diri ini tidak berkesempatan untuk meng-update entri akhirnya dapat jugak.
Sorry la kalau korang masuk sini je asyik nampak entri yang sama je. Ampunkan Patik !
Kite nak kongsi sesuatu yang boleh memeningkan kepala korang ni. haha

Jom kite belajar pasal Schrödinger's Cat. Apakah ?

Schrödinger's Cat ni merupakan suatu experiment pemikiran yang boleh dikatakan sangat-sangat super duper kompleks untuk difahami. Experiment mengandungi :
➜ Sebuah kotak
➜ Seekor kucing
➜ Bahan letupan/Gas beracun

Experiment dia macam ni.
Letakkan seekor kucing kat dalam kotak tu.
Kemudian letakkan bahan racun dalam kotak tu. Then TUTUP. Dah tutup kan? haha

Teorinya mula dari sini. Kite tak tau bahawa kucing itu hidup atau mati.
Jadi secara scientifiknya kite fikir kucing tu HIDUP DAN MATI secara serentak.
Ataupun TAK HIDUP DAN TAK MATI. OMG!

I repeat : HIDUP DAN MATI secara serentak.

Kan kan kan? 50% kucing tu akan hidup dan 50% kucing tu akan mati.
Jadi pemikiran kite ni akan automatik jadi Kucing tu akan hidup dan mati.
Kite kene bukak baru tau kan keadaan kucing tu?
Bila kite bukak, cetusla pemikiran kite macam pc yang tengah lagg gile.
Kalau kite buat eksperimen ni 100 kali, 50 kali kucing tu akan hidup dan 50% kucing tu akan mati.

Jadi secara ringkas nye, Kucing tu hidup dan mati walaupun tak mati dan tak hidup. Pening kan? HAHA.
Ade sains ni. QUANTUM PHYSICS. (Y)

Tak faham lagi? Tengok gambar.

Kucing ni akan mati dan hidup kalau kite masukkan dia dalam kotak ni kan? Jadi, kite tak tahu bahawa minit seterusnya kucing ini hidup atau mati.
Secara teorinya kucing tu hidup dan mati. Selagi tak tau keadaan kucing tu, statusnya tetap sama iaitu HIDUP DAN MATI.

Then jawapan dia apa? Kite pun taktau.
Sangat pening~ Sangat pening.

Menyeru semua budak sains yang bijak-bijak belaka untuk terangkan dan jawabkan benda ni. mwehehe.