Pernah dengar kata pepatah, "Orang menang mencari jalan, orang kalah mencari alasan."
Tak ada benda dalam dunia ni yang korang tak boleh buat kalau korang sentiasa berusaha cari jalan penyelesaian.
Cuba elakkan alasan-alasan macam ni :

• Rasanya macam susah je nak buat tu.

• Eh, masa tak cukup lah!

• Dah terlambat pun...

• Mustahi nak capai target macam tu.

• Dah cuba, tak boleh pon!

• Erm, kalau gagal macam mana?

• Rasanya sekarang bukan masa yang tepat untuk itu.

• Jarang sekali apa yang saya lakukan membuahkan hasil.

• Saya tak hebat macam awak.

• Kawan kata saya tak mampu nak buat.

• Malulah kalau gagal nanti.

• Saya tak yakin ini akan berjaya.

• Sebenarnya saya ni jenis yang tak berdisiplin.

• Risikonya tinggi lah.

• Makan masa jugak nak buat ni.

• Saya memang tak layak mendapatkannya.

• Semuanya berlaku tanpa kemuahuan saya.

• Keadaan sekarang berbeza.

• Saya terlalu muda lah.

• Ah, saya dah tua lah.

• Bukan senang nak berubah.

• Saya tajut nak hadapi apa yang bakal berlaku nanti.

• Saya perlu bantuan untuk menyelesaikan masalah ni.

• Hidup ni memang tak adil!

• Naluri saya kuat mengatakan projek ni akan gagal.

• Aduh..malas betul.

• Tak ada pun yang nak beri saya kesempatan.

• Saya tak mampu nak buat apa-apa pun.

• Ini bukan tanggungjawab saya.

• Dah nasib. Nak buat macam mana.