Bila Ego Dah Tinggi

Dalam setiap hubungan mesti ada rintangannya. Kadang-kadang hanya disebabkan sedikit salah faham, suatu hubungan persahabatan terus muram dan suram. Kedua-dua belah pihak tak ada yang nak beralah. Masing-masing ambil keputusan untuk menyepikan diri taknak berdamai.

Tapi lambat laun korang kena juga berjumpa semula dengan dia. Masa tu walaupun luaran korang nampak gembira, rasa janggal tu mesti ada kan? Daripada jadi macam tu, lebih baik cegah sebelum terlambat.
Adat dalam berkawan mesti ada pasang surutnya. Korang mesti pernah jugakkan gaduh merajuk dengan member.


Selidik Puncanya
Bila hubungan persahabatan korang tu dah terlalu rapat, kemunculan konflik pasti akan memberikan tamparan hebat, lebih-lebih lagi bila bersangkutan dengan kepercayaan. Diri akan rasa dikhianati.
Contohnya, kes rebut boyfriend/girlfriend dan persaingan merebut jawatan kat sekolah.
Lebih baik korang kenal pasti dulu punca salah faham tersebut dan selesaikan dengan berhemah.


Musuh Jangan Dicari
Bila dah berlaku perang dingan, korang dengan automatiknya sebolah-boleh akan nak mengelak daripada berjumpa dengan kawan korang tu kan? Ada je rasa nak marah kan.
Masalahnya, mampu tak korang kawal emosi supaya orang lain di sekeliling tak terkena tempias kemarahan korang tu? Bak kata pepatah. "Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari."


Acuh Tak Acuh
Masalah tak akan selesai kalau kedua-dua belah pihak bersikap keras kepala, asyik rasa diri dia betul je. Padahal, bila konflik tu berlarutan sampai bertahun-tahun, dah terlambat untuk bertindak.
Waktu tu baru tahu nak menyesal. Lebih baik korang jernihkan keadaan kembali dengan cepat sebelum ia menjadi tepu.


Luahkan Yang Terpendam
Elakkan daripada sindir-manyindir dan fitnah. Mungkin korang rasa puas bila buat macam tu tapi sebenarnya tindakan korang tu hanya memburukkan lagi keadaan. Tindakan paling bijak ialah bersemuka dengan kawan korang tu dan luahkan segala isi hati yang terpendam. Peperangan mungkin berlaku, tapi tu lebih baik kerana korang akan lebih hargai kawan.


Berani Tanggung Risiko
Memang betul, setiap orang mesti akan rasa takut dan tak yakin untuk mulakan proses berbaik semula. Mungkin takut dengan reaksi yang bakal diterima daripada sebelah lagi pihak.

Walau apa pun, tulah risiko yang terpaksa korang hadapi demi nak selamatkan hubungan persahabatan korang. Kalau kedua-dua belah pihak masih nak berkeras hati, masalah takkan selesai.
Pedulikan je apa reaksi dia, asalkan korang dah buat perkara patut iaitu dengan meminta maaf.
Sekarang terpulang kepada kawan korang tu nak maafkan atau tak.
Orang yang mengalah belum tentu kalah.

4 comments:

  1. memang..klo ego tggi..mana2 masalah pn xkan selesai

    ReplyDelete
  2. susah bila deal dengan orang yang ego ni dear...sedangkan kalau ikutkan x tegur 3 hari pun dah kira x bagus kan?

    ReplyDelete
  3. comelnye blog.. kemas.. pastu laju je loading.. eeee comelnye! comelnye! comelnye! hehe




    slm kenal.
    ana

    ReplyDelete
  4. nice entry dear..betol tu kalau terlalu ego last2 memakan diri kan..rugi spe yg ego neh..

    ReplyDelete