Mempunyai pasangan yang menyayangi tu memang indah. Lebih-lebih lagi kalau dapat yang satu sekolah atau satu kelas. Hari-hari boleh jumpa, kan? Tapi bila dah ada cinta hati tu, janganlah sampai tak ingat dunia, leka dan mengabaikan pelajaran. Dosa tau~ Pasangan sepatutnya memberi manfaat dari segala segi dan bukan melalaikan. Jadilah pasangan yang bijak.
Mesti semua orang akan jealous dengan korang. Nak tahu macam mana nak jadi pasangan yang bijak?
Jom baca sampai habis yee.

Sertai aktiviti kokurikulum
Sibukkan diri dengan pelbagai aktiviti ko-kurikulum yang disediakan di sekolah. Bila begitu, waktu terluang korang dan pasangan jadi lebih bermanfaat. So, bila jumpa nanti seronok sikit nak bersembang dan bertukar-tukar cerita tentang pengalaman masing-masing. Korang dengan si dia pun akan lebih memahami minat dan kesibukan diri masing-masing.

Pemberi semangat dan motivasi
Korang dan dia sama-sama masih bersekolah, jadi masing-masing pasti ada target sendiri dalam pelajaran. Kenapa tak gunakan si dia sebagai pembakar semangat dan motivasi? Saling belajar dan bantu membantu jika ada yang lemah dalam pelajaran dan bersaing secara sihat untuk mendapat markah tinggi.
Kalau mampu, janjikan hadiah jika si dia dapat markah lebih tinggi dalam peperiksaan. Tak ke bagus macam tu?

Jangan dating waktu belajar
Ingat, sekolah adalah tempat untuk belajar, bukan dating. Fokus pada pelajaran dulu, cukuplah dapat jumpa di waktu senggang macam waktu masa rehat dan lepas habis waktu sekolah sekolah.

Study group
Daripada menghabiskan masa berjalan-jalan, lebih baik korang ajak cinta hati korang tu buat study group.
Barulah kengkawan lain rasa terinspirasi dengan korang. Lagi-lagi kalau prestasi korang dalam pelajaran semakin meningkat hari ke hari. Orang nak mengata pun tak boleh. Hehe...
Jangan lupa ajak kengkawan lain study group sekali. Barulah maju sama-sama. Sharing is killing kan? :)