Overly attached. Satu sifat di mana seseorang tu rasa terlalu bergantung pada sesorang sampai timbul rasa posesif. Benda ni memang dah biasa berlaku, kat sekolah kite sendiri pun ada kes macam ni.
Nak tau kalau sesorang tu terlebih bergantung pada orang lain? Dye akan ikut je mana kawan dye pergi macam diri dye tu tak ada hala tuju.

Mutual Benefit
Antara sebab kita bersahabat adalah kerana rasa selesa bersama, berkongsi suka duka, dan sebagai kawan pembantu pada saat kita memerlukan bantuan. Tapi dalam setiap persahabatan, mutual benefit perlu wujud.
Masing-masing perlu beri manfaat antara satu sama lain.

Tapi macam mana pulak kalau cuma sebelah pihak je yang asyik meminta, dan sebelah lagi pihak asyik memberi? Jelas sangat tu suatu perhubungan yang tak sihat. Silap haribulan boleh mengundang bahana kalau lambat bertindak.

Apa yang membezakan antara sahabat normal dan overly attached (terlalu bergantung)?
Normal
• Bayar duit parking atau tol masa tumpang kereta member.
•  Pinjam duit member sebab terlalu minat dengan baju atau gadget terkini dan bayar balik tepat waktu
• Jadi pendengar yang baik dan bagi pendapat yang wajar masa member luahkan perasaan dye.
• Masa keluar shopping, member member bagi pendapat dan kita buat keputusan untuk membeli.

Overly Attached
• Mintak member hantar pergi tempat yang bukan laluan member. Cebik muka kalau permintaan tak dipenuhi.
• Mintak sahabat bayar baki duit yang tak cukup untuk beli sesuatu dan takda niat nak ganti semula duit tu.
• Tak mahu mendengar kisah duka member lepastu bebankan member dengan masalah terbaru kita dan minta pendapat.
• Beli sesuatu baju atau gadget berdasarkan pilihan sendiri.


Sebab Dan Akibat.
Ada sebabnya kenapa diorang jadi terlalu bergantung.

• Dia berasa kurang keyakinan lalu menjadikan member tempat untuk memperoleh status dan penerimaan.
• Kurang kasih sayang membuatkan dia berasa selesa dan nyaman dengan member dia tu sampai terus bergantung segala-galanya sampai ke hal-hal remeh.
• Kurang didikan sejak dari kecil. Mungkin family dia tak bagi peluang dia buat keputusan sendiri atau menyuarakan pendapat. Jadi member dijadikan tempat luahkan perasaan duka dan bergantung harap.

Cegah Sebelum Terlambat!

Untuk mengelakkan diri daripada tergolong di kalangan parasit, pastikan kita mampu hidup berdikari. Segala keputusan juga perlu daripada diri sendiri, bukan orang lain.

Salah satu cara mudah untuk mengelak perkara macam ni daripada berlaku adalah dengan meluaskan pergaulan dari segenap ruang lingkup. Dengan itu, kita tak perlu risau kalau sahabat keluar dating dengan boyfriend dia kerana kita punya ramai lagi teman untuk berhibur.

Berterus terang.

Kalau korang ada member macam ni dan dah cukup rimas dengan sikap dia, baik bertindak awal. Terus terang je apa yang terbuku kat hati tu. Kebanyakan dari diorang tak sedar yang perkara macam tu mengganggu.