Status VS Tweet!


Sikap suka menyindir bukan hanya terjadi di dunia nyata sahaja, malah turut berlaku di alam siber. Adakah korang salah seorang daripada golongan ni? Kalau ye, dinasihatkan agar korang jauhi sifat negatif ni sebab ia hanya akan membuatkan korang nampak kebudak-budakan dan tak matang.

Kenapa melalui laman sosial?

Kebanyakan orang memilih untuk menyindir teman-teman di laman sosial seperti Facebook dan Twitter kerana mereka tidak perlu berhadapan dengan orang yang disindir. Mungkin kerana malas atau takut.
Menurut survey yang dilakukan oleh Cyberbullying Research Center di Amerika Syarikat, hampir 37 % remaja berusia 11 hingga 18 tahun pernah menggunakan laman sosial untuk menyindir atau membuli teman-teman mereka. Ouch!

Apa yang harus dilakukan?

Bertenang...dan jangan mengalah. Dunia masih belum berakhir walaupun korang dihina dan dibenci di laman sosial. Dunia realiti adalah yang paling utama. Ada tips-tips berguna kepada korang supaya tidak menambah minyak ke atas api yang sedang terbakar.

Sabar
Silence is golden. Kalau ada member-member yang sindir korang kat facebook atau twitter, jangan balas. Itu boleh buat orang pandang negatif terhadap tindakan korang. Lebih baik korang jangan layan, anggap je sindiran tu bukan ditujukan kat korang.

Lagi kita layan, lagi dia suka dan bangga sebab sindiran dia mengena. Tapi kalau korang tak layan, berasap juga dia sebab sindiran dia tak mengena. Memalukan diri sendiri jer.

Kawal Diri
Be positif. Belum tentu lagi status atau tweet tu ditujukan kat korang kan? So, buat don't know jelah selagi dia tak mention nama kita. Kadang-kadang respons korang yang berlebihan terhadap something yang belum pasti cuma buatkan hidup korang makin susah. Korang cuma perlu relax jer.

Muhasabah Diri
Marah itu memang wajar. Tapi, kalau korang berfikir dengan lebih dalam, mungkin apa yang dikatakan diorang tu tak benar? Lebih baik korang muhasabah diri dan perbaiki apa-apa kelemahan yang ada. Kadang-kadang kita tak nampak kelemahan kita sendiri.

1 comment:

  1. huh.. mmg org yg sindir 2 penakot.. xmo ckp depan2.. dlm laman sosial je dia berani.. hi3

    ennncakkk! Kiyomi! Kiyomi!

    dari segmen farah bubbles
    http://tengkubutang.blogspot.com/2013/04/bubbly-associates-giveaway.html

    done follow sini.. =)

    ReplyDelete