Paras Rupa Bukan Jaminan Kebahagiaan


Ramai orang percaya yang kalau sesorang individu tu nak dapatkan pasangan untuk bercinta, ciri-ciri yang mesti ada ialah kurus dan tak berbadan gempal. Bila berlaku sebarang konflik hingga terputusnya hubungan cinta tu, ramai yang salahkan diri sendiri sebab meraka tak menyangka bahawa punca utama perpisahan berlaku adalah kerana kita cuba mencari yang lebih cantik atau rupawan.

Cuba Renungkan Kata-Kata Ini
Apa maknanya bagi kita yang berwajah cantik dan mempunyanyai kekacakan muka jika hati tak cantik. Malah tak mampu menjadi insan yang sabar, bertolak ansur, penyayang, ikhlas, berbudi pekerti dan menghormati orang lain.

Jangan terlalu taksub menilai seseorang dengan bentuk badan dan rupa paras yang dimilikinya. Walaupun ada dalam kalangan kita yang menarik tapi belum tentu boleh beri jaminan kebahagiaan pada pasangan dia. Sama juga dengan individu yang berwajah sederhana, tak bermakna kita tak mempunyai wajah yang cantik dan tampan kita tidak mampu bahagiakan pasangan kita.

Kematangan fikiran dan pengalaman harus dijadikan kayu aras dalam membina sesebuah hubungan sesame manusia, supaya percintaan yang dibina akan menjadi lebih kukuh. Soal hati memang susah untuk ditafsirkan, tapi sebagai manusia kita diberi akal untuk menilai dan berfikir secara bijak. Jangan terlalu mengikut kehendak hati sebab takut nanti penilaian korang terhadap orang lain tidak akan menjadi tepat.

Masalah akan timbul apabila tertipu dan tersalah sangka terhadap orang lain, lebih-lebih lagi setelah perhubungan mula dibina kononnya atas dasar cinta. Remaja memang penuh dengan keinginan memiliki pelbagai kelebihan dan sifat ingin tahu, kite tahu sebab kite pun masih remaja juga. Tapi kita mesti bijak menilai keperluan diri sendiri.

Semua orang nak cantik dan kacak, semua orang nak kelihatan menarik, semua orang pun nak dipandang hebat, tapi hati-hati jangan sampai maruah sendiri dipandang enteng oleh orang sekeliling. Cuba isi masa lapang dengan membaca majalah-majalah yang mempunyai informasi tentang pergaulan serta buku yang mampu mematangkan minda kita.

Jangan asyik beli buku yang muka hadapannya terdapat wajah cantik atau tampan lalu kita jadikan idola. Selami gaya hidup diorang yang membolehkan diorang nampak hebat, jangan mudah rasa rendah diri sebab setiap insan dilahirkan dengan kelebihan masing-masing. Setiap manusia ada kekurangan sendiri namun janganlah jadikan kekurangan sebagai punca untuk merendahkan-rendahkan maruah seseorang.

Jika benar cantik, biarlah cantik juga di hati.
Jika benar buruk, biarlah usah dikeji.

No comments:

Post a Comment