Lelaki sememangnya makhluk yang sukar diramal. Tidak semua gerak geri dia dapat dibaca. Tapi, satu perkara yang sememangnya diorang tidak boleh sorokkan iaitu 10 tanda bila si dia mula angau.
Bagaimana agaknya rahsia boys mula terbongkar.

MULA BERI BERIBU PERHATIAN
Kalau sikap dia yang dulu² acuh tak acuh dah tak kelihatan, dan dia mula memberi korang beribu perhatian itu tandanya dia mula mengambil berat tentang korang.


INGAT SEGALA PEKARA TENTANG MU
Wah². Nampaknya dia memang serius dengan setiap perbualan korang. Segala tentang diri korang walaupun sekecil semut sekalipun dia masih ingat dan tak lupa, itu bermakna dia memang peka dengan apa sahaja yang sedang dibualkan oleh korang berdua.


TIDAK AKAN MENYUSAHKAN KAMU
Dia akan cuba sedaya upaya untuk tidak menyusahkan korang. Jadi kalau korang dalam kesusahan jangan panik, dia mesti akan tolong korang.


TIDAK MUDAH MENABUR JANJI
Lelaki yang benar-benar mencintai korang tidak akan sewenang-wenangnya menabur janji pada korang sebab diorang takutvmungkiri janji dan lukakan hati korang.


MENERIMA SEGALA KELEMAHAN MU
Bila si lelaki mula mencintai setiap kelemahan korang itu bermaksud dia betul-betul terima kelebihan dan kelemahan korang. Inilah masanya untuk korang berterima kasih padanya sebab dia sanggup terima segala kelemahan korang. 


BERI LAYANAN ISTIMEWA
Lelaki ni selalunya, bila dia anggap seseorang itu cuma kawan dia akan act 'natural' je. Tapi, bila dia dah mula letakkan korang pada kedudukan yang istimewa, mesti korang akan dilayan dengan sehabis baik!


KAMULAH SATU-SATUNYA DI FIKIRANNYA
Jejaka yang benar-benar cintakan korang takkan sesekali cuba mendekati perempuan lain. Dia akan mula act macam korang sahaja perempuan yang ada dalam fikiran dia. Besar kemungkinan takut-takut kamu pula yang akan rasa seperti dikong-kong dan rimas.


SENTIASA MENCURI MASA UNTUK BERJUMPA
Ada saje alasan dia untuk berjumpa dengan korang. Bila dia mula cuba mencuri masa untuk bersama korang itu bermaksud dia betul-betul nak habiskan waktu cuma untuk bersama korang.


SUKAR MEMBERI ALASAN MENGAPA DIA MENCINTAIMU
Bila jejaka sukar untuk menerangkan kenapa dia cintakan korang, itu bermaksud dia betul-betul dah jatuh hati dengan korang! 


BERSEDIA UNTUK BERJUMPA DENGAN ORANG TUA MU
Bukan mudah untuk dia berani berhadapan dengan parents korang. Kalau dia mula tunjukan respon dan gerak geri yang positif semasa ingin berjumpa dengan parents korang, itu bermaksud dia dah bersedia untuk ke peringkat seterusnya.