Ada yang pendiam , terlalu ramah , terlalu serius , gemar bergurau dan macam-macam lagi... Pertama kali bersua pastinya kamu tidak tahu bagaimana cara yang terbaik untuk memastikan kawan baru kamu itu selesa bersama kamu. Agar kamu tetap rileks dan tidak salah tertingkah atau kehabisan modal untuk berbual , terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan.. :) Jom kita lihat ::

1. Mulakan perbicaraan dengan hal-hal yang sudah pasti...
Topik-topik yang biasanya akan ditanya ialah pekerjaan , hobi dan hal yang lain.. Jangan kecewa jika dia hanya menjawab "ya" atau "tidak".. Berfikir positif yer sayang ! :)

2. Jangan mengkritik diri sendiri.
Takut atau tak yakin memang masalah utama dalam memulakna perbicaraan. Perkara seperti ini wujud dari "kritik diri" yang berlebihan atau merasa terlebih rendah diri.. Elakkan "kritik diri" baru kamu rasa selesa untuk bergaul..

3. Beri peluang Orang lain bercakap
Kamu akan dikatakan ramah bapabila memberi orang lain bercakap..Sekiranya tak ada yang nak cakap , pancing lah dengan soalan singkat supaya ada topik yang sangkut.. :P

4. Bahasa tubuh yang ramah
Menunjukkan wajah yang senang dengan kehdirannya dengan sentiasa senyum :) ... Muka yang masam hanya membuat perbualan tersebut menjadi hambar..

5. Beri perhatian yang adil
Berbual dalam kelompok yang ramai , berbuallah ditengah-tengah dengan melibatkan pelbagai topik..

6. Hindari perdebatan
Hindari topik-topik yang serius lah... Bicara yang ringan-ringan sahaja. dan paling penting tak melibatkan isu-isu sensitif

7. Jadilah pendengar yang baik
tak pandai nak mengulas ? jadi pendengar dan menghormati rakan yang lain berkata pun okeyh juga ... :D hehehe

8. Seni mengelak
Kalau rasakan teman baru itu membosankan.. tengah dia berbual-bual kamu berdalhlah sedikit.Misalnya ,"Maafkan saya ada hal sebenar" atau alasan lain...

9. Sense of Humour
Penampilan yang menarik dengan diselitkan humour yang ringan. Tetapi perlu diingatkan jangan samapi menyinggung perasaan seseorang dan jangan jadikan diri kamu sebagai objek untuk diketawakan.. :