Hye girls sekalian.
Entry ni dituju khas untuk kaum hawa yang sedang kecewa ekoran dari perpisahan dengan kekasih masing-masing.

Sentiasa dekatkan diri kepada Allah.
Allah tu Maha Mengetahui. Dia tahu ape yang kite rase. Jadi, luahkan melalui doa anda kepadaNya. InsyaAllah, Dia akan membantu anda untuk mendapatkan petunjuk dan ketenangan abadi. Jangan lupe untuk banyakkan zikir dan membaca Al-Quran. Kerana melaui cara itulah hati yang kecewa dan sedih dapat diubati.

Think POSITIVE.
Fikir yang ape yang terjadi kepada anda semuanye ada hikmah di sebaliknye. Jangan pikir bile dah clash bermakna dunia ni dah tak bermakna buad anda. Jangan jadi bodoh okai? Ade otak kite kene gune dan akal plak pikir ape yang harus kite lakukan untuk masa hadapan. Mungkin die bukan jodoh kite.

Rehat kan diri anda.
Bebaskan minda anda dari sebarang perkara yang sering anda lakukan semasa bersama pacar anda. Sebagai contoh kalo biase pagi-pagi anda akan menelefon die untuk kejutkan die namun bile dah clash, anda try ubah. Bangun terus nonton tv. Tak pon on9. Sedikit sebanyak dapat kurangkan kesedihan anda alami itu.

Tabahkan diri anda untuk terime ketentuan itu.
Ini sangat penting. Kebiasaanye 2 sebab utama berlakunye clash ni adalah disebabkan salah paham dan orang ke 3. So, kalo anda tergolong dari dua punca utama ini anda harus tabah. Cube baiki kesilapan anda dan kalo kehadiran orang ketige tu anda just piki, anda telah cube untuk jadi yang terbaik namun, si dia buta untuk melihat semua tu. Anda berserah dan redha je la.

Cari peneman setia.
Pendengar terbaik amatlah diperlukan disisi anda. Luahkan segala yang anda rase. Jangan simpan nanti makin terseksa. Mungkin adik beradik mahupon BFF korang adalah orang yang paling sesuai untuk dijadikan peneman anda.

Menangis.
Menangis adalah satu perbuatan yang dapat melegakan serta memecahkan segala keegoan manusia. Percaya laa selepas anda menangis, anda akan berasa lega. Serta masalah itu dapat dilupakan buad seketika.

Lakukan perkara yang anda suke.
Ini dapat membantu anda untuk melupakan kekecewaan anda. Release you tension by doing the activities or your hobbies. :)

Kumbang bukan seekor.
Walau lama mana hubungan korang, kalo dah bukan itu jodoh korang, maka korang harus pasrah. Anda perlu ingat bahawa kumbang bukan seekor. Banyak lagi kumbang lain yang sedia menanti anda. Dan yang paling penting Allah telah tentukan siape jodoh kite.