Tips Beli Barang Bundle

Bundle

Tak salah kalau korang merupakan salah seorang peminat barang² terpakai seperti pakaian dan kasut bundle. Kalau pandai memilih, korang boleh memiliki barang² edisi terhad dari luar negara.
Ikuti beberapa tips bijak memilih barang terpakai di pasar karat atau bundle.


Kualiti
Ramai yang ingat barang² terpakai rata²nya dah tak ada kualiti. Ia hanya berada dalam keadaan lama, tetapi jika ia merupakan produk yang berkualiti, ia masih tetap bagus. Sebagai contoh, kasut kulit buatan luar negara. Ia mungkin kelihatan berkulapok di luar, namun hakikatnya ia masih cantik dan bermutu kalau korang pandai membersihkannya.


Kegunaan
Mana mungkin korang sanggup membeli barangan mahal yang hanya mahu digunakan untuk tempoh sekejap atau tertentu. Misalnya, jaket tebal untuk melancong ke negara² beriklim sejuk. Ia boleh didapati di pasar² karat dengan harga yang lebih murah.


Harga
Harga barang² di pasar karat biasanya lebih murah dan usah tertipu jika korang mendapati harga barang yang tak masuk akal. Jika korang mahu barangan berkualiti tinggi tetapi pada harga yang berbaloi, ada baiknya korang pergi membeli di pasar raya yang sebenar. Bukan apa, barang terpakai biasanya dah mempunyai nilai yang rendah & semestinya harga mampu milik.


Rancang
Merancang merupakan elemen terpenting ketika berada di pasar karat. Maklumlah, pasar karat mempunyai kawasan yang sangat luas untuk diterokai. Sebaiknya korang senaraikan barang² yang korang perlukan supaya korang tahu barang apa yang sesuai untuk dibeli di pasar karat. Tak semua barang sesuai di beli di pasar karat tau!


Belanja
Meskipun hanya dikenali sebagai pasar karat, perbelanjaan juga perlu dititikberatkan supaya korang merasa berbaloi membelinya. Terutamanya barang² yang melibatkan perabot² vintaj, keluaran edisi khas dan alat perhiasan yang antik. Lihat terlebih dulu rekaan dan pembuatan supaya merasa berbaloi.

Nah… Apa tunggu lagi? Pasar karat bukan je lokasi yang sesuai untuk membeli barangan bundle bersama teman. Jangan ingat dekat mall je korang boleh cuci mata, dekat pasar karat pun boleh tau !

1 comment:

  1. Pasar karat. saya panggil kedai bundle je. hehehehe. :D


    ReplyDelete