Ninja Naruto Sasuke Sakura

Setia
Ramai yang dah tau tentang cerita ni, apatah lagi watak-watak yang termuat di dalamnya. Tak kurang juga yang dah tahu kisah penamatnya. Namun selagi sirinya di negara kita ni belum berakhir, pasti ramai yang akan terus setia menonton, menunggu dan mengikutinya.

Ikuti serba sedikit trivia penting anime popular dunia ni. Sambil itu, korang boleh tambah pengetahuan tentang cerita 'Naruto' ni. Tak kiralah dari aspek apa sekalipun. Yang penting, informasi yang diberikan ni ada kena-mengena dengan 'Naruto'.

Serigala Berekor Sembilan
Kisah antara Naruto dengan serigala berekor sembilan memang sesuatu yang tak boleh dipisahkan. 12 tahun sebelum kelahiran Naruto, serigala berekor sembilan ni pernah menyerang kampung Konohagakure. Namun, serangan tersebut telah dipatahkan oleh Forth Hokage yang kemudiannya menyimpan serigala berekor sembilan ni dalam badan anaknya, Naruto. Sepanjang hidupnya, Naruto bukan sahaja terpaksa mempelajari pelbagai ilmu kepahlawanan, malah terpaksa terpaksa melawan semangat haiwan tersebut yang dianggap sebagai bencana alam semula jadi yang menakluki dirinya.

Trivia

  • "Naruto". Berkisar tentang pengembarangan Naruto Uzumaki, ninja remaja yang berusaha keras memartabatkan namanya untuk menjadi Hokage, Ninja terhebat dan terkuat dalam sejarah kepahlawanan Ninja.
  • "Naruto" dihasilkan dalam bentuk manga oleh Masashi Kishimoto pada tahun 1997 menerusi penerbitan manga mingguan yang terdiri daripada Akamaru Jump and Weekly Shonen Jump.
  • Manga ini kemudiannya diterbitkan oleh Studio Pierrot and Aniplex dalam bentuk animasi sekitar tahun 2002 dengan jumlah episod sebanyak 220 episod.
  • Selain siri anime, Naruto juga dikeluarkan dalam empat buah OVA iaitu "Find The Crimson Four-leaf Clover", "Mission: Protect The Waterfall Village", "Finally a clash! Jonin VS Genin!!" dan "Konoha Annual Sports Festival".
  • Filem keenam Naruto, "Naruto Shippuden 3: Inheritors of the will of Fire", dikeluarkan di Jepun secara rasmi pada 22 Oktober 2009 sekaligus melengkapkan trilogi "Naruto: Shippuden The Movie".
  • Naruto telah diiktiraf sebagai manga terbaik Jepun kerana mencatat jualan yang menakjubkan iaitu melebihi tiga juta unit.

Labels: