Guess Brand

Jenama Guess memang begitu terkenal di kalangan remaja. Ia mula diperkenalkan oleh empat adik-beradik iaitu Georges, Paul, Armanddan Maurice Marciano. Mereka bertanggungjawab mempeloporinya.

Jenama Guess mula bertapak dan dikenali pada 1981. Sasaran Guess bukan hanya untuk orang kaya semata-mata, namun ia lebih kepada golongan pertengahan. Harganya tal semahal LV @ Prada, namun rekaannya nampak setanding.

Guess memulakan penjualan dengan 24 helaiseluar jeans Marilyn. Ternyata mendapat sambutan kerana habis dijual denga sekelip mata. Malah Guess pernah dinobatkan sebagai "Syarikat Nombor Satu Pembuatan Jeans" era 80-an.

Bila melihatkansambutan ini, Guess mula menempah nama dalam dunia fesyen. Pada awalnya, Guess mengalami krisis dalam kesatuan pekerjanya sekitar 90-an, namun pihak pengurusan berjaya mengawal dan menyelesaikannya.

Walaupun pada era 90-an Guess terpaksa bersaing hebat dengan jenama seperti Calvin Klein dan Gap serta mengalami sedikit kejatuhan, namun menjelang tahun 2000, Guess menjadi satu jenama yang begitu hebat diperagakan.

Ini terjadi apabila Guess bangkit dengan penjenamaan semula dan memperkenalkan pakaian kanak-kanak di bawah label Guess Kids pada tahun 2005. Ketika ini juga, koleksi beg tangan Guess hasil idea Maurice Marciano turut diperkenalkan.

Mereka menampilkan keluaran gaya vintage dengan suntikan hobo. Sebelum memiliki jenama sendiri, Paris Hilton pernah dilantik menjadi model dan duta Guess dengan perkenalan beg tangan edisi istimewa Paris Hilton.

Labels: ,