Dear friends.. Mungkin aku terlalu sombong menganggap aku boleh hidup tanpa korang.

Mungkin sebab sikap dingin aku membuatkan korang anggap aku adalah seorang yang memuakkan.

Memang mungkin sikap aku yang terlalu fikirkan diri aku je yang betul tanpa mengambil kesah tentang pendapat korang.

Tapi memang aku sebenarnya tak suka benda yang berlebihan. Ikut pada masanya.

Berceritalah, tapi tidak seriuh itu bercerita dengan aku dengan topik pembicaraan yang sama.

Mungkin ini yang pernah korang rasakan, yang pernah mendengar cerita cinta aku, lepastu aku tarik diri daripada korang masa korang tak bagi respon apa yang aku tengah rasakan. And yeah, cerita perasaan aku akan tetap sama, dia, dia dan tetap dia.

Aku mungkin hanya bercerita apabila korang bertanya. atau lepas aku dah dengar cerita korang dan korang pula bergilir ganti dengar cerita aku.

Aku tau aku seorang kawan yang membosankan.

Inilah diri aku yang sebenarnya, menjadi orang yang acuh tak acuh, lebih memilih untuk menyendiri.
Sebab, cara korang yang macam tak amik port bila kte cuba bercerita cuma mengubah kte jadi seorang yang tak berperasaan.

Tawar hati barangkali?

Ye aku tau, susah kalau kuat touching ni. Benda kecik dah terasa lebih.

Labels: ,