Penggodam atau hacker semakin kreatif dalam menggodam kata laluan untuk menebusi blog, facebook, dan email. Salah satu cara hacker menceroboh akaun adalah dengan menembusi kata laluan yang sememangnya mudah untuk di tembusi. Penggodam menggunakan script yang dapat memasukan puluhan kata laluan pada setiap detik untuk cuba memasuki ke dalam akaun seseorang.

CARA-CARA PENGGODAM MENEBUSI KATA LALUAN
• Dictionary Attack
Hacker gunakan kata-kata dalam kamus dan menggabungkannya dengan angka-angka atau karakter.

• Brute Force Attack
Hacker cuba membuat kesemua gabungan mulai daripada aaaa sampai zzzzz, sehingga beberapa karakter. Sememangnya hacker tersangatlah gigih!

• Personal Information Attack
Hacker akan memasukkan data-data peribadi seperti nombor telefon, tarikh lahir, nama teman, kod post dan sebagainya.


JENIS-JENIS KATA LALUAN YANG LEMAH
• Kata laluan yang sangat lemah adalah seperti 123456789, 000000, 123456, asdfg, qwerty, asdf. Ini kerana, ia akan memudahkan hacker untuk dapatkan gabungan ini pada papan kekunci korang.

• Menggunakan kesemuaan huruf kecil.

• Menggunakan gabungan kata dan angka. Contohnya buku10, remaja30.

• Gantikan huruf dengan karakter, misalnya ‘s@y@ng’.


TIP ELAK DICEROBOHI HACKER
• Gunakan kata laluan daripada gabungan alphanumberic dan karakter
Guna password dengan gabungan alphanumberic dan karakter seperti “><,?;} dan macam-macam lagi. Gunakan Password Checker untuk memastikan sama ada password korang selamat atau tidak.

• Guna CCleaner dalam browser
Sentiasa clear cookies dalam browser korang dengan CCleaner untuk mengelak tools hacking discover pc cookies dan bagi peluang kepada hacker untuk decrypt cookies dan tahu kandungan akaun korang.

• Elak memberitahu maklumat peribadi
Dalam akaun facebook, di nasihatkan supaya korang tak beritahu maklumat diri korang terlalu terperinci.
Cukup sekadar nama dan alamat e-mel.

• Rajin tukar password
Kekadang hacker memang dah ceroboh Facebookkorang, jadi korang perlu mengambil tindakan dengan menukar kata laluan secara kerap bagi menyukarkan hacker menggodam. Lastly, pastikan password korang kuat ya!

Labels: