SHINee : Jonghyun Masih Dilayan Seperti Kanak-Kanak

Jonghyun Sweet Smile

Salah seorang anggota grup SHINee iaitu Jonghyun mengaku sampai hari ini dia masih dilayan macam kanak-kanak oleh ibunya walaupun dia sudah boleh membuat keputusan sendiri. Biar betul?


Baru-baru ini, Jonghyun bersama Minho, Kim Joon Hee dan Onew menjadi tetamu jemputan untuk rancangan bual bicara KBS2, "Hello". Menerusi rancangan tersebut, topik menarik mengenai seorang ibu yang jarang mengambil tahu perihal anak yang sudah meningkat dewasa telah membongkar rahsia Jonghyun.

"Ibu saya bekerja di pusat jagaan kanak-kanak. Mungkin disebabkan tugas hariannya itu, dia turut memperlakukan saya seperti kanak-kanak kecil. Kadang-kadang saya merasa malu dibuatnya," ujarnya yang kini sudah berusia 24 tahun.

Berbeza dengan kisah tetamu jemputan lain yang jarang mendapat kasih sayang ibu, Jonghyun merasa dirinya sudah terlebih disayang tetapi sehingga dia tidak diberi peluang untuk membuat keputusan."Ibu saya sering bertanyakan soalan sama ada saya sudah makan atau belum. Kadang-kadang ibu memanggil saya dengan gelaran sayangku Jonghyun," katanya yang lebih suka dipanggil anakku sayang.


Kiranya Kim Jonghyun ini anak lah emak ye? Tapi.. Memang patut pun si comel ni dilayan macam tu sebab perwatakan dia pun nakal macam budak-budak. xD

2 comments:

  1. Jonghyun ni cute so memang cute lah kalau mak dia layan mcmtuh ehehe

    ReplyDelete