At some point of life, kite rasa sangat-sangat bersyukur. Sebab dah diberi kesedaran untuk berubah. Teringat masa dulu-dulu, pakai tudung. Suka sangat duk pin sana pin sini sampai terdedah bahagian dada.

Sekarang, alhamdulillah. Tudung dah tutup dada. Walaupun bukan tudung labuh, bukan bidang 50", 60", walaupun belum cukup sempurna, tapi tetap berubah ke arah yang lebih baik. Walaupun berubah sikit-sikit, insyaallah bila benda tu benda baik Allah mesti akan tolong, kan? Terus istiqomah.

Bila tengok kawan-kawan yang tudungnya singkat, yang terdedah bahagian dadanya. Hanya mampu doakan semoga terbuka pintu hati untuk berubah.

Serious cemburu sangat bila tengok orang yang pakai tudung labuh tu. Ayu sangat. Comel sangat. Insyaallah suatu hari nanti. :)

Alhamdulillah, bila berubah tak semestinya terus jadi sempurna. Berubah satu demi satu, sedikit demi sedikit adalah lebih baik daripada berubah untuk mendapat yang paling sempurna dalam masa yang singkat.