Pernah kita dengar lelaki yang kasar dan keras akhirnya rebah dengan pujuk rayu seorang perempuan.

Dulu aku ingin ini hanya kisah dongeng. Sekarang aku sedang melaluinya.

Satu ketika dahulu aku melihat bagaimana nanti bakal kakak iparku akan bersama dengan abang kandungku yang panas baran.

Apabila mereka berkawin aku lihat abang aku dah tak panas baran dah. malah lebih penyabar.. yelah dah ada anak.

Tapi sekarang aku yakin betapa istimewanya seorang perempuan itu diciptakan oleh ALLAH.

Ada kuasa pada seorang perempuan mampu meruntuhkan ego lelaki..
Menyejukkan segala panas baran seorang lelaki.
Hebat perempuan.. Dan kini aku sedang melalui.

Bagaimana aku mampu menjinakkan ego seorang lelaki.
Bagaimana aku mampu melemahkan rasa marah keterlaluan seorang lelaki.

Aku laluinya sendiri..

Bagaimana aku mendidiknya menjadi seorang yang penyabar dan bersikap tenang..
Mulut lelaki kalau memaki memang sakit pedih. Belum lagi kalau naik tangan.

Tapi kalau perempuan tahu menggunakan kuasa dia.
Kita boleh lihat bagaimana ego seorang lelaki itu runtuh..

Tapi awas beb..

Jangan salah guna kuasa memujuk itu.
Kelak nanti kau derita sepanjang hayat.
Pegang apa yang dipegang.
Jangan kau gadai apa yang tak pasti
Kalau niat kau nak dakwah dia berubah.
Mohonlah selalu perlindungan dari ALLAH.

Cerita dari tumblr.