Hi guys, it's another late update again har har. Seriously sebenarnya nak sangat update blog tapi disebabkan line internet yang sangat em so emm haha. So since sekarang ni tengah cuti midterm, maka dapatlah seorang nabila update blog dia. Semoga dapat update beberapa entri untuk seminggu ni.

Siap sedia nak buat karangan rojak hahaha


Okay, umum mengetahui hari lahir adalah hari yang paling bermakna dalam hidup kita semua. Walaupun mungkin hari lahir tu tak di sambut, tetap merupakan hari yang istimewa sebab yelah itu kan hari yang kita semua dilahirkan.

Beberapa BULAN yang lepas, pada 15 Mac 2018 merupakan hari jadi kite yang ke 21. Cuba teka dekat mana kite sambut hari jadi kite?

DEKAT HOSPITAL.

Yas, dekat hospital gaiss. Macam mana nabila boleh sampai ke sana?

Some of you who read my previous post probably know that I further study at UiTM Jasin. So in order to further study, I have to do medical checkup and all. Did it on 1st March. The doctor ask me if I'm nervous or something and I said no but she was like frowning. Then she asked me to go in this one room to check and there's this nurse put like a clip on both my hands and legs and something on my body to check my heart rate. The nurse gave me a long paper with weird line looks like heart rate and ask me to go see the doctor again. When I get back to the doctor, she said my heart rate was so high and she wrote a letter for me to go hospital.

After I registered for degree [read here], when I want to submit the medical checkup form and all at unit kesihatan, the nurse asked me if I have any illness since the doctor cross the part saying I'm healthy in my medical checkup form. I said I'm not sure and I showed her the letter I got from medical checkup. The nurse put like a clip on my index finger to check my heart rate?? and she said it was really high like 140++. Then she asked me to come back on Thursday (my birthday) and they will send me to hospital Melaka.

So,  this where it start. A day celebrating birthday alone at hospital.

First thing in the morning, kite pergi unit kesihatan and akak yang dekat unit kesihatan tu suruh tunggu sekejap sebab ada lagi student lain yang nak pergi hospital juga. Sampai dekat hospital pukul 10 lebih, turun dekat unit kecemasan terus jumpa doktor yang ada kat luar tu bagi surat. Lepas doktor yang ada dekat luar tu dah baca surat tu, dia suruh masuk dalam untuk check, kena lagi  klip tangan kaki kiri kanan dengan letak something dekat badan semua sama macam waktu medical checkup. Macam-macam butang dia tekan kat mesin tu keluar kertas panjang ada heart rate sama macam masa medical checkup. Jumpa sorang abang ni taktau la jawatan dia ni apa tapi pakai baju macam askar cuma baju dia warna biru, pergi check tekanan darah pula, lepastu ada lagi sorang ni baca kertas panjang yang ada heart rate tadi sambil buat muka yang kite taktau macam mana nak describe. Tiba-tiba kat situ ada ramai orang tanya sakit apa, nervous ke, sebelum ni ada sakit apape tak, family ada sakit itu ini tak, dan nabila jawab tak sebab memang tak ada penyakit pelik kecuali gastrik kalau tak makan.

Lepastu pergi daftar dan tunggu giliran untuk jumpa doktor. Dah kecoh-kecoh semua baru dapat pergi daftar hahaha. Lama gila tunggu. Dah sampai giliran jumpa doktor, masa nak pergi tu ada akak guard indian ni jaga dekat pintu tanya nak pergi mana semua kite tunjuk nombor giliran kat dia. Bila dah jumpa doktor, doktor tu perempuan, macam biasalah dia akan tanya apa masalah, sakit apa semua. Sebab memang takde sakit apa, jadi kite kata lah takde sakit apa. Doktor tu check nadi, dia kata laju. Doktor tanya kite nervous ke, kite jawab tak. Yelah masa mula-mula sampai tu nervous lah sebab first time pergi hospital sorang lepastu dah tak nervous dah. Doktor tu bekas untuk buat urine test lepastu dia bagi surat suruh pergi satu bilik ni untuk buat blood test dengan masuk air. Dengar je terus cuak tapi tak cuak sangat sebab dah pernah masuk air berapa kali sebelum ni. Mungkin akan share pengalaman nabila dengan jarum lepasni hmm.

Dah sampai dekat bilik tu kena tunggu sekejap sebab memang ramai gila pesakit dekat situ. Bila dah sampai giliran terus duduk dekat kerusi yang kosong. Masa nampak jarum yang dikeluarkan tu terus mengucap panjang sebab bapak besar gila jarum diaa TT. Mula-mula cucuk dekat tangan belah kanan, yang cucuk tu perempuan, taktau lah mungkin dia buat salah ke atau tak jumpa urat ke atau dia baru lagi ke sebab dengar macam dia kena tegur dengan sorang abang yang ada dekat situ lepastu dia cabut jarum. Cucuk dekat tangan sebelah kiri pula, berjaya dan terus pergi tunggu dekat satu tempat ni. Lama nak tunggu air tu habis. Lepas dah habis pergi balik dekat bilik tadi untuk cabut, tapi cabut tube dengan botol tu je, jarum tak cabut. Keluar untuk tunggu giliran lagi sambil jarum masih di tangan haha.


Dah tunggu lama baru giliran sampai untuk jumpa doktor kali kedua. Check nadi lagi, doktor kata laju. Doktor suruh masuk air lagi. Yang tak boleh lupa ayat doktor ni "Awak masuk air lagi sekali lah eh, takpe awak tunggu je dekat situ tak payah buat apape.". Kelakar rupanya doktor ni. Maka kembali lah saya ke bilik yang satu lagi tu untuk masuk air kali kedua dan tunggu kat tempat tadi lagi, yang bezanya kalini ada ramai yang tunggu kat situ. Masa nak pergi bilik tu jumpa lagi akak guard tu, dia tanya "Belum boleh balik ke?", nabila pun berhuhu jelah mampu. Sepanjang dua kali tunggu masuk air tu muka yang sama je lalu lalang siap boleh tegur berbual lagi, akak guard tu, abang baju biru pagi tu dengan sorang uncle cina ni. Dah siap, pergi balik dekat bilik tadi untuk cabut tube terus tunggu giliran kena panggil lagi dekat luar dengan jarum masih kat tangan. Masa ni dah lebih kurang pukul 5 lebih petang kalau tak silap.

Tunggu sampai pukul 6 lebih baru giliran sampai tapi kalini tak jumpa doktor perempuan tadi, mungkin dia dah balik. Check nadi dan doktor tu kata dah normal lepastu dia kata tak ada sakit apa cuma result urine dengan blood test tu ada infection? sikit sebab kite ada selesema sikit. Me dalam hati be like "Lah sebab tu jeke? Baik tak payah pergi pun hostipal, kalau tak tak payah ponteng first kelas." Doktor tu kata dah boleh balik dan dia bagi kertas untuk ambil ubat. Dengan gembiranya pergi bilik untuk masuk air tadi tu tapi kalini untuk cabut jarum! Jumpa akak guard tadi terus senyum cakap dengan dia dah boleh balik dah. Lepas ambil ubat terus call kawan minta tolong ambilkan sebab pakcik yang hantarkan pergi hospital pagi tadi tak boleh ambil. Masa ni dah dekat pukul 7. Berejam jarum dekat tangan, sampai kapas penuh darah. Sampai kolej je dah dekat pukul 9 terus pergi perjumpaan kolej hahaha

Itulah cerita saya seharian di hospital sambut hari jadi. Tahun ni special gila hadiah masuk air dua kali fuhhh.

Well it happened few months ago and I'm just fine now struggling with my assignments and project.