Terlalu lama menatap komputer atau pun skrin telefon boleh menyebabkan mata menjadi penat!
Situasi ini disebabkan frekuensi mata jarang untuk berkedip. Padahal dengan berkedip, cecair mata akan membasahi bola mata dan menjaganya agar tetap lembap.

Mata yang kering akan membuatkannya terasa pedih dan penat. Jika mata sudah penat, lakukan saja sedikit peregangan atau urutan untuk mengatasinya.

Untuk mengurangkan kepenatan mata :
1. Usahakan untuk mengalihkan pandangan korang ke tempat lain setiap 10 minit sekali.
    Alihkan pandangan korang ke tempat lain di sekitar ruangan atau ke jendela selama beberapa minit.
2. Kemudian lakukan gerakan memutar bola mata membentuk lingkaran. Lakukan gerakan ini dari dua arah.
3. Biasakan memejamkan mata sejenak dan meregangkan wajah setiap satu jam sekali.

Meringankan mata yang sakit :
1. Gosok kedua-dua belah telapak tangan korang dengan cepat supaya telapak tangan menjadi panas.
2. Kemudian pejamkan mata dan tempatkan telapak tangan ke mata.
3. Tahan kedua telapak tangan di kelopak mata sampai kehangatannya menghilang.
    Jika mata masih terasa sakit dan penat, ulangi cara ini beberapa kali.
4. Setelah sakit tersebut reda, rehatkan mata seketika dan tarik nafas dalam-dalam.