Okay, so semalam keputusan final exam untuk semester 3 keluar. Rasanya ni kali pertama keputusan diumumkan tengahhari sebab biasanya keputusan final exam uitm umumkan waktu tengah malam.

Hari rabu malam tu memang semalaman tak tidur, pagi semalam dalam pukul tujuh lebih baru tidur *really need to fix my sleeping schedule* jadi plan nak bangun lambatt sikitlah sebab tidur lambat. Dah sedap tidur tu tiba-tiba terjaga pukul 11.30 pagi padahal tak set alarm pun. Buka Twitter je semua tengah bising tunggu result keluar pukul 12. Masa tu memang tak lah kan nak tidur balik.

Result boleh check guna 3 cara sama ada email, apps uitm atau dekat student portal. Kalau jenis yang malas tunggu tu boleh download apps uitm lah tapi kite nak tunggu email juga haha.

Pukul 12 lebih refresh email banyak kali tengok tak ada pun email masuk. PELIK. Lepastu classrep remind dalam group whatsapp kelas siapa yang belum buat sufo buat cepat kalau tak nak result kena sekat. Masa tu cuba ingat banyak kali dah buat ke belum sufo tu tapi tak ingat juga, cuba buka  student portal tak boleh asyik error je. Ha sudah. Dah pukul 1 lebih refresh lagi email tapi takde juga. Cuba lah check dekat spam kut kut ada kan, sekali... ADA! Rupanya email dah masuk pukul 12 lebih lagi uhuhu.

Fikir banyak kali nak buka ke tak email tu. Sementara tu sempat wish congrats dekat ex-classmate diploma dengan ex-roommate masa diploma yang finally boleh grad. Tengok balik email sendiri yang belum buka tu, tarik nafas banyak kali sebelum buka. Bila dah buka email je terus cover separuh phone dan scroll perlahan-lahan. Benda pertama kite nampak, cgpa. Kite terkejut tengok cgpa okay. Lepastu tengok column result dengan tangan masih cover screen phone dan semua LU! Time ni dah rasa nak nangis.

Subjek CTU553, ELC501 dengan TKC401 tak ada final exam.

Overall, okay la sebab target tak nak ada repeat je, tak sangka pula result okay. Expect subjek Artificial Intelligence Algorithms tu  gagal sebab subjek tu teruk sangat. Bayangkan first time amik test markah per 100, setiap soalan 10 markah dan kite jawab satu dua ayat je memang kelaut lah cerita dia. Sampai dah habis final pun carrymark untuk subjek tu kite tak dapat. Sekarang ni fikir macam mana nak maintain cgpa je sebab masa diploma dah merasa sakit cgpa jatuh teruk sebab fail calculus je haih.

Dengan hati yang bahagia malam semalam kawan bawa pergi dominos naik motor, kena pula dia yang belanja memang bertambah-tambah lah bahagia. xD