Pernah tak korang rasa jealous bila tengok lelaki nie senang je nak berpakaian. Nak tunggang motor pergi mana-mana pun senang. Lebih-lebih lagi tak perlu rasa sakit bila menstruasi. Kan best kalau dapat dilahirkan semula sebagai lelaki.
Aip! Nanti dulu! Tak semestinya jadi lelaki tu seronok dan sebaliknya. Lelaki pun ada kelemahannya jugak tau.

Satu Hal Dalam Satu Masa
• Lelaki hanya mampu buat satu perkara je dalam satu masa. Tak macam perempuan boleh mengemas, mencuci, memasak dalam satu masa. Otak lelaki tak sama tau dengan otak perempuan yang mampu buat banyak perkara dalam satu masa ( multitasking ).

Pendam Perasaan
• Lelaki cenderung memendam perasaan diorang bila ada masalah atau stress sebab bagi diorang mengadu dan meluahkan perasaan tu macam perbuatan yang tabu ( dilarang ). Berbeza dengan perempuan yang boleh hilangkan stress dengan shopping atau makan coklat kan? haha. Kalau mengadu masalah dengan member berjam-jam pun member tu akan tetap setia mendengar.

Menggunakan Tandas Sebaiknya
• Selain dari buang air, perempuan mesti akan manfaatkan tandas sebagai tempat untuk make up (bagi kaki make up) dan bergosip dengan member siap snap! snap! snap! lagi haaa macam-macam posing diorang buat kan? Tapi kalau lelaki, takkan tiba-tiba je nak ajak member pergi tandas sebab 'ada something yang nak di bagitahu'. Mau fikir lain member tu nanti.

Tidak Teliti
• Susah nak jumpa lelaki yang perfectionist. Kebanyakan diorang selalunya suka cincai aje kalau dalam bahasa pasar dan tak suka mengemas. Sebabtu  kadang-kadang benda yang ada depan mata pun dye boleh tak nampak. Perempuan memang dilahirkan untuk suka kepada kekemasan dan kecantikan serta teratur. Kalau perempuan yang tak suka mengemas tu memang taktau nak dikata apa. Senang cakap selekeh la.
Apa pun Allah cipta manusia berpasangan. Kenalah tu, lelaki yang suka cincai dengan perempuan yang suka mengemas. Saling melengkapi kan? hehehe