Tapi yang menjadi masalahnye, otak ni takmoh beri kerjasama pulak. Dye taknak kasi idea untuk hupdate entri. Bukak nuffnang, tengok bahagian keywords ade pulak orang mencari ni~
Haha! agak pelik ape yang dicarinya. tapi takpe lah.. kite buat ajela entri nye.
ok takmoh cakap banyak, jom baca.. =)
Lelaki yang suka kahwin lebih dari satu ataupon lelaki yang suka berpoligami.
Di antara nikmat menjadi lelaki adalah mereka boleh berpoligami sehingga 4 isteri dan isteri wajib patuh pada arahannya selagi tidak bertentangan dengan syarak.
Kalau topik ini dikemukakan semasa perbualan dengan lelaki pasti akan keluar seribu satu hujah menyatakan bahawa mereka perlu kahwin lebih dari satu. Antara perlu dan ingin adalah dua perkara berbeza. Selalunya mereka bercakap dengan kurang berhikmah dan menggores perasaan wanita yang mendengar walaupun mungkin sekadar gurauan. kite sendiri hairan jugak kenapa perkara itu menjadi gurauan paling popular di kalangan lelaki. Kalau mendengar rancangan Sinarpagi di radio, itulah juga yang dijadikan bahan lawak setiap pagi.
Berkahwinlah 2, 3 atau 4 jika keadaan amat memerlukan, selagi mampu dan boleh berlaku adil dan isteri dapat menerimanya dengan sabar tanpa menjejaskan anak-anak. Jika tidak jagalah yang seorang itu dan sempurnakan amanah Allah dengan baik.
2. Sangat bergantung kepada isteri tentang urusan harian di rumah seperti makan, minum dan pakaian.
3. Suka berfikir secara mendalam perkara yang tidak begitu penting.
4. Suka membuat keputusan terburu-buru,
5. Keputusannya selalu berubah-ubah
6. Suka bertukar kereta
7. Pandai dan bersopan bila berbicara terutama dengan wanita dan orang tua.
8. Berhati kering
ape maksud berhati kering tu? korang tau? kite taktau ni..
Nikmat yang dirasai oleh lelaki itu, sebagaimana juga nikmat-nikmat dunia yang lain hanyalah untuk sementara dan keperitan hidup bermadu juga untuk sementara. Yang kekal hanyalah kehidupan di akhirat dengan kebahagian yang dijanjikan untuk mereka yang bertaqwa.
Letakkan Allah di atas dan di depan bukan di belakang atau di sisi sewaktu merancang sesuatu tindakan.Letakkan Allah sentiasa dalam hati sewaktu melaksanakan perancangan.Kita akan merasa nikmat dipimpin oleh Yang Maha Agung dan hidup tidak tersasar dari jalan yang lurus.
No comments:
Post a Comment