Unnecessary Questions That I felt Like Answering [Malay Version]


Baru lepas re-marathon kdrama Suspicios Partner and Ji Chang Wook is killin meh!

1. Kopi atau teh?
Teh! Kite tak minum kopi. Biasa kat rumah ni bila ibu buat air teh masa sarapan pagi, takde siapa pun yang nak minum. Bila air teh tu dah masuk dalam peti ais dan dah sejuk, sekelip mata je hilang. Cuba teka kerja siapa? heheh

2. Bila last couple
Masa sekolah menengah, form bawah.

3. Siapa yang selalu curang? Perempuan ke lelaki?
Dua-dua pun sama je takde beza.

4. Apa hadiah paling best pernah dapat?
Plushie mashimaro besar masa tingkatan 4 kalau tak silap. Sampai sekarang masih dalam kotak sebab sayang dia warna putih.

5. Hadiah paling best pernah beri pada orang?
Jarang bagi hadiah dekat orang sebab taktau orang suka apa. Birthday classmate diploma kite buat macam exploding box, dalam tu letak gambar dengan hadiah kecil². Takde gempak mana macam exploding box orang jual tapi kawan selalu kata terharu dapat sebab handmade.

6. Kawan paling lama nama apa? Berapa tahun?
Paling lama nama dia Siti Balqis, kenal sejak masuk sekolah menengah tahun 2010 sebab classmate. So sekarang dah 8 tahun.

7. Berapa negara selain Malaysia pernah visit? Namakan
Tak pernah keluar dari Malaysia lagi setakat ni

8. Pernah tak rasa crush kau suka kau balik?
Dalam mimpi ahahaha

9. Benda paling sakit hati/sedih orang pernah buat kat kau and kau ingat sampai sekarang
Masa diploma selalu ajak sorang kawan ni pergi beli makan sampai satu tahap tu terasa macam asyik kite je yang ajak dia pergi beli makan so cuba lah sengaja buat diam je tapi dia tak cari kite pun, bila dah petang sikit sajelah tanya dia dah makan ke belum haa cuba teka gaiss dia kata apa. Dia kata dia dah makan uhuhu maka kelaparan lah seorang nabila haritu dan sejak tu dah tak ajak dia pergi beli makan sama-sama.

10. Nak anak berapa orang?
Dua kot, sepasang lelaki perempuan.

11. Hukuman paling teruk kene dgn parents and sebab apa?
Kena penampar masa umur berapa entah sebab mengamuk lepastu tumbuk kaca almari sampai pecah.

12. Kalau diberi pilihan migrate, nak negara mana?
Negara macam Korea atau Jepun.

13. Cinta paling lama (berapa tahun) and putus (sbb apa)
Tak pernah lagi kot. Halahh couple masa sekolah kira cinta juga ke alahh

14. Math atau addmath?
Dua dua pun tak power. Taktau kenapa walau suka macam mana sekalipun subjek mengira mesti tak perform. Kalau terpaksa pilih, kite pilih math.

15. Rasa rasa ajal umur berapa? (Baca sambil istighfar)
Astaghfirullah, tak pernah terfikir lagi pasal ni.

16. Duit raya paling banyak pernah kumpul?
Rasa macam tak pernah kumpul duit sebab selalu habis kat makanan. Tapi pernah la duit raya dapat RM100 lebih. Tak banyak sebab family memang jenis tak beraya.

17. Tempat honeymoon idaman?
Boyfriend pun tak terfikir nak ada apa lagi honeymoon heh. Paris kot.

18. Benda paling sweet kau rasa kau pernah buat
Handmade exploding box untuk birthday kawan diploma walaupun hadiah tu sakai

19. Pernah rasa tak dihargai? Sebab apa?
Setiap masa. Nabila memang sejenis manusia yang sentiasa negatif, walau orang kata dia hargai kite macam mana sekalipun kite tak rasa apa apa. Help me...

20. Pernah kumpul duit gila-gila tak nak beli sesuatu? Beli apa?
Tak pernah.

21. Kalau mak paksa kahwin dan perempuan atau lelaki tu kaya tapi kau tak cinta dia. Nak tak? Kenapa?
Kahwin je, lepastu kikis harta dia biar padan muka.

22. Malam ni dinner apa?
Belum dinner sebab sekarang baru pukul 5:30pm. Malam semalam makan meggi je.

23. Dapat tahu 3 perkara 10 tahun akan datang atau ubah 3 perkara 5 tahun lalu
Takpelah terima kasih je, dua dua pun menakutkan.

24. Pernah rasa nak bunuh diri?
Pernah dan masih.

25. Kahwin garden/beach/hotel concept? Kenapa?
Royal. Sebab rasa macam fancy.

26. Ex makin lawa/handsome atau buruk
Minta tolong sedekahkan AlFatihah untuk dia.

27. Berapa lama ambil masa nak move on?
Sekejap jee

28. Pernah guna someone utk lupakan org lain? Atau pernah jadi that "someone"?
Tak pernah sebab senang move on.

29. Which one you can bear more, physical or emotional pain?
Physical pain.

30. Pernah terpikir kau anak angkat? Kenapa?
Pernah, sebabnya biarlah rahsiaa ahaha

31. Kalau boleh dapat adik, you wish for a girl or boy
Dah ada dua orang lelaki ni cukup, taknak tambah lagi.

33. Pernah berkawan atau kenal dengan orang homosexual?
Pernah.

34. Pandai simpan rahsia?
Kite rasa ya sebab biasa tak peduli pun pasal orang jadi rahsia yang orang bagitau tu macam useless information.

35. Introvert atau extrovert?
Ambivert.

36. Pernah berharap untuk dilahirkan sebagai seorang yang berlainan jantina? Kenapa?
Selalu sebab tengok lelaki ni senang je. Keluar kalau selekeh pun takde hal

37. Bakat istimewa yang teringin nak ada
Pandai nyanyi atau pandai melukis atau pandai main alat muzik.

38. Pernah cakap iloveyou dekat seseorang dan kemudian rasa menyesal?
Tak sebab jarang cakap iloveyou kat sesiapa sebab biasa bagi emoji love je

39. Sekolah rendah/menengah/university yang paling enjoy and most memorable? Kenapa?
Sekolah rendah sebab cikgu hardcore rotan sekuat hati haha. Sebab dulu sekolah rendah sekolah cina, nampak beza la environment dia.

40. Sports apa yang paling minat? Atau teringin nak good at it
Taekwondo kira sports tak? Teringin nak sambung.

41. Musical instrument apa yang paling power main or you wish you good at it?
Tak pandai main apape alat muzik pun tapi teringin nak pandai main piano atau fingerstyle guitare

42. Kalau diberi tiket percuma untuk melancong, pilih bandar atau kampung?
Kampung yang dekat dengan bandar hahaha

43. Barang paling berharga pernah ada sekarang? Berapa harga?
Probably phone dengan laptop.

44. Pernah crush dengan sepupu sendiri tak?
Pernahhh, masa kecik minat gila dengan along sebab dia hensem.

45. Pernah crush dengan cikgu tak?
Tak pernah hahaha

46. Junior/senior/batchmates yang ramai lawa/hensem?
Beshe beshe je?

47. Tidur dalam keadaan terlalu panas atau sejuk, which one you can't tolerate more
Panas. Kalau sejuk boleh pakai selimut tapi kalau panas dah buka baju pun panas lagi lepastu boleh buat apaaaa? TT

48. Kampung mak atau ayah yang lagi best?
Dua-dua pun best sebab kampung ibu rumah lagi selesa sebab selalu pergi dan kampung ayah family ramai jadi meriah.

49. Kalau duduk sorang kat rumah, hantu ke penjenayah kau lagi takut?
Dua-dua pun takut.

50. Umur start bercinta?
Tak pernah kot. Halahh couple masa sekolah tu kira bercinta ke aduh

51. Sebelum tidur selalu berangan pasal apa?
Jumpa oppa heheh

52. One alarm/79 alarms kind of person?
999 alarms.

53. Cita-cita masa umur 12, 17 dan sekarang mcam nak jadi apa?
Dulu cita-cita nak jadi veterinar, sekarang rasa nak jadi web/system developer.

54. Pernah meniru tak dalam exam? Subject apa?
Saya budak baikk haha. Meniru tak pernah, bagi tiru je pernah.

55. Siapa orang terakhir kau buat dia nangis?
Ada ke orang nangis pasal saya? Orang buat saya nangis adalahhh

56. Siapa orang terakhir yang buat kau nangis?
Kawan

57. Anak mak ke anak ayah?
Anak ayah.

58. Pernah kene jahit? Ada parut yang tak disukai? Kat mana?
Setakat ni takde lagi.

59. Dengar lagu guna headphone or loudspeaker?
Headphone. Saya tak suka share lagu kegemaran saya dengan orang lain.

60. Movie first tengok kat wayang? Dengan siapa?
Tak hingaaat tapi dengan kawan.

61. Kasut bertali ke kasut slip on?
Bertali.

62. Pernah putus kawan? Sebab apa?
Em putus ke? Putus lah kot since dah tak contact lagi. Orang tu dah taknak keluar dengan kitorang (saya dan kawan-kawan) setiap kali kitorang ajak tapi dia boleh keluar dengan orang lain.

63. Ayam ke ikan?
Ayammm.

64. Selesa baring ke meniarap?
Mengiring.

65. Jenis puntual ke jenis jap jap otw
Jap jap otw hahaha

66. Subjek apa yang kau rasa paling tak perlu kat sekolah
Addmathhhhh

67. Jawatan apa paling tinggi pernah pegang
Pengawas sekolah.

68. Makanan paling sedap kat kantin sekolah
Bola-bola api.

69. Phone pertama model apa dan duit sendiri ke parents
Phone nokia, arwah atok sponsor hihi

70. Orang yg paling teringin jumpa irl
All my oppars hahaha

71. Kalau boleh curi dengar perbualan, nak dengar siapa bual
Every person I know dengan harapan diorang ingat nabila dengan benda baik² je.

72. Kalau ada masalah akan cerita dengan kawan baik ke family dulu
Kawan

73. Orang yang kau paling takut kehilangan dia
Atok, satu-satunya atok perempuan kite yang tinggal.

74. Bahasa apa nak pandai cakap selain english and malay
Walaupun dulu sekolah cina tapi sebab dah lama gila tinggalkan jadi macam sayang gila dah tak fasih sangat. So mandarin, korean dan japanese.

75. Selalu orang teka umur lagi muda ke tua
Lagi muda sebab pendek

76. Mandi laut ke air terjun
Air terjun. Saya tak reti berenang.

77. Denda paling teruk pernah kena kat sekolah
Denda jawab kertas 3 sejarah setiap kali tak siap kerja sejarah atau sejarah tak capai target sebab massatu guru kelas ajar sejarah. Alhamdulillah SPM sejarah A haha

78. Subjek paling minat and selalu score
Subjek bahasa

79. Soalan paling tak suka org tanya
Segala soalan yang berkenaan peribadi.

80. Pernah tak orang tersayang lupa sambut birthday
Family tak pernah lupa tapi sebab dah sambung belajar dan jauh dari rumah so tak celebrate lah.

81. Suka duduk tepi tingkap atau tengah dalam kenderaan
Tepi tingkap.

82. Pernah tahan gelak masa serious situation? Situation apa
Entah ye, kadang orang buat kelakar pun tak gelak.

83. Ada nama gelaran? Apa dan sebab apa
Pink sebab dulu masa form bawah minat warna pink then semua orang start panggil pink. Tapi saya dah tak minat pinkkk

84. Pernah tak sakitkan org physically? Menyesal ke puas hati?
Pernah dan tak puas.

85. Kahwin dengan doctor, pilot, ustaz/ah, peguam, model, anggota beruniform. Yang mana dan kenapa
Semua pun taknak sebab doktor, pilot, anggota beruniform ni selalunya busy dan saya perlukan perhatian.

86. Bawak kereta laju ke slow
Tak reti bawa kereta.

87. Cakap lepas ke suka pendam
Pendam.

88. Terdampar tengah pulau dan boleh pilih sorang teman untuk survive. Siapa dan kenapa?
Dauz kot (satu-satunya kawan lelaki paling rapat). Lelaki diperlukan untuk buat kerja-kerja berat.

89. Orang paling femes pernah kau jumpa depan-depan
Tak pernah, saya tak suka keluar rumah.

90. Berapa kali tengok cermin sehari
Tak pernah kira, tapi jaranglah tengok cermin. Tengok cermin untuk sikat rambut dan bersiap kalau nak keluar je.

91. Kalau pergi kedai, order air sejuk ke panas
Jukkkkk.

92. Benda yang paling teringin masa kecik tapi tak dapat
Baby Alive hahaha

93. Paling lama tak balik rumah berapa lama?
Tak ingat berapa bulan tapi masa diploma la memang jarang gila balik even study week pun tak balik.

94. Kalau kau jadi PM, sistem apa yang pertama kau akan ubah
Tak pernah terfikir nak jadi PM sebab diri sendiri pun tak mampu nak urus.

95. Teknologi apa yang kau rasa tak patut orang invent
Segala teknologi yang diciptakan tu boleh bagi kesenangan atau kemusnahan bergantung pada siapa yang guna dan niat seseorang tu gunakan teknologi tu jadi saya tidak tahu.

96. Kartun apa yang kau nak sangat ada secara realiti
Tak layan kartun sangat but more into anime. Tak nak anime tu jadi realiti tapi just nak semua anime crush kite wujud je. Boleh tak macam tu? heheh

97. Kalau kau mati lagi 10 hari, apa yang kau buat sekarang
Taubat.

98. Kau harap pasangan kau nnti boleh buat......?
Buat saya rasa saya tak keseorangan.

99. Warna baju pengantin yang kau rasa tak patut orang pilih
Warna-warna yang striking.

100. Melayu kahwin pakai coat atau blazer nampak smart ke try hard?
Smart.

4 comments:

  1. this is really interesting and funny hehe

    ReplyDelete
  2. kita banyak persamaan ni hehehe. saya follow sini ye

    ReplyDelete
  3. rajin betul. i would be so lazy utk jawab everything haha

    ReplyDelete
  4. hoho samalah, tak minum kopi gak

    ReplyDelete