Masih Ramai Orang Baik Wujud Di Luar Sana


Fuhh fuhh lama gila tak update apa-apa dekat sini.

Okay memandangkan semalam (Jumaat) Melaka cuti, jadi hari khamis tu lepas habis kelas pukul 2.00pm terus gerak pergi Merlimau naik bas pukul 2.30pm untuk balik JB. Dalam pukul 5 lebih dah sampai Larkin jadi kite decide untuk makan dulu dekat KFC sementara tunggu ayah datang dari tempat kerja dia sebab memang tak makan lagi dari pagi.

Masa tengah makan tu ada sorang budak ni probably sekolah area situ dah siap makan terus angkat tray dia letak dekat tempat biasa pekerja KFC kumpulkan tray and budak tu buang sendiri sampah dia. Memang sejenis amalan yang patut dipuji sebab orang Malaysia masih tak ramai yang buat macam tu bila makan dekat mana-mana pun.

Tak lama lepastu ada sorang uncle in masuk KFC tapi dia pergi dekat tempat buang sampah tu. Kite pun em biar jelah dia nak buat apa dia nak buat. Bila kite dah siap makan nak buang sampah dan letak tray sendiri, uncle tu datang dekat kite tanya boleh tak bagi dia tulang ayam sebab nak bagi dekat kucing tepi jalan. Rupanya dia pergi dekat tempat buang sampah tadi tu sebab nak kutip sisa ayam yang orang buang. Dari satu meja ke satu meja dia pergi. Baik gila.

Bila dah tengok act of kindess daripada orang lain ni, terus tak jadi nak lost faith in humanity.

Harini pula, memandangkan esok dah nak kena balik Melaka maka kite keluar pergi Tesco sorang saja jalan sambil-sambil beli barang sikit. Masa tunggu Grab nak balik tu ternampak sorang pakcik tua ni jual keropok ikan kat depan pintu Tesco. Suara pakcik tu perlahan je tegur orang lalu lalang suruh beli keropok dia tapi takde orang pun nak beli. Kite yang berdiri dekat situ terasa serba salah sebab tengok je dia, memang sejenis ada soft spot untuk warga emas. Jadi kite tanya la pakcik jual apa, harga berapa lepas pakcik tu cakap harga kite senyum je. Kite nak beli tapi macam teragak-agak sebab takut duit nak balik Melaka esok tak cukup. Lepas contemplate banyak kali, akhirnya kite beli juga sebab tak rugi pun beli kat rumah sewa nanti boleh je makan bila bisan-bosan. Pakcik tu pegang plastik dalam tu ada dua pack keropok. Masa kite hulur duit dekat pakcik tu, pakcik tu kata harga tu untuk satu je, kite kata takpe sebab memang nak beli. Lepastu kan pakcik tu kata acik jual dekat awak satu, satu lagi acik hadiah dekat awak. Kite pun macam eh takpe pakcik, tapi pakcik tu kata takpe rezeki acik banyak lagi. Masa tu kan mata dah berkaca rasa nak nangis je 😭. Tak tahulah dia sindiket ke bukan ke tak kisah yang penting dia bukan minta sedekah.

5 comments:

  1. Allahu, samalah, terus xjadi nak lost fate in humanity. huhu.

    The Hundred Pages | Eyqa Zq

    ReplyDelete
  2. yeah dont lost faith in humanity dear sis. Orang baik cuma tersembunyi dek ramainya orang jahat hehehe

    ReplyDelete
  3. i got teary eyed as well, reading the last perenggan haha ;-; there's still a lot of nice people in the world

    ReplyDelete
  4. Terharunya baca ni. I rasa macam nak buat more kindness pulak.

    ReplyDelete