Tak Faham Manusia Nak Apa


It's been a while since my last update. Janji konon nak rajinkan diri update tapi akhirnya jadi janji palsu je heh!

Sebenarnya tujuan update blog harini sebab ada cerita nak diceritakan. Bendanya berlaku sejak awal semester ni dan kemuncaknya hari khamis haritu. Dan ya, ini berkaitan dengan lecturer saya. Kite tak nak bagitau nama subjek ni dan siapa lecturernya, cukuplah tau yang subjek ni subjek ELEKTIF.

Pada awalnya, kelas berjalan macam biasa memang tak ada apa yang istimewa pun. Sampailah satu hari ni, kitorang masuk kelas macam biasa tunggu lecturer masuk tiba-tiba ada sorang lecturer lain ni masuk terus tanya dah belajar sampai mana apa semua. Kitorang ingatkan lecturer ni salah masuk kelas, maka semua terpinga-pingalah. Entah macam mana kitorang tak dapat berita apa-apa rupanya dah tukar lecturer. Masa tu pun macam okaylah, mungkin lecturer sebelum ni ada sebab dia kot. Bila tak ada yang jawab soalan dia, dia terus macam nak marah. Masa ni terus rasa macam tak boleh nak ngam dengan lecturer ni.

Tapi yang jadi tak okaynya tu cara dia mengajar. Kite tak faham macam mana lecturer yang mengajar dengan hanya baca slide expect student nak faham apa dia ajar. Kite tak tahulah memang typical pelajar komputer science memang senyap dalam kelas atau kelas kite je yang macam tu. Since first impression dekat lecturer tu dah kureng baik, kite jadi takut dengan lecturer ni sebab dia nampak macam seorang yang tak mudah untuk didekati. Bila dia tanya soalan dan kitorang diam, dia akan tanya "Nak bincang ke tak nak? Tak nak bincang eh?" lalu dia  terus ke slide seterusnya. Yes kite mengaku yang this is indeed salah kitorang sebab tak jawab soalan dia. Kemudian bila tiba slide yang ada example soalan dan dia suruh buat, kitorang baru nak buat, lecturer dah tanya apa jawapannya. ENGKO GHASE? Kalau soalan simple tu faham lah nak kena respond cepat, cuba banyangkan ko ada matrix dalam 8x8 lepastu setiap kotak nombor beratus nak kena tambah satu-satu tak ke ambil masa?

Untuk mini projek, tajuk projek lecturer tu dah pilih siap-siap. Kitorang cuma form kumpulan dan cabut nombor tengok siapa yang bernasib malang dapat tajuk susah. Dan cuba teka group siapa hahaha.. Okay sebenarnya semua tajuk dia bagi tu susah. Tajuk mengalahkan final year project beb dan setiap minggu kena tunjuk progress dekat dia. Untuk mini projek tu kitorang kena ada 5 criteria dan yang kitorang dapat cuma 3 sebab yang belajar pun sikit je. Jadi masa hari yang kena tunjuk progress tu, kitorang pergi lah dekat dia dengan harapan dia dapat tolong atau paling kurang pun bagi hint je apa lagi criteria yang kitorang boleh guna. Tapi tulah, hampeh, yang dapat cuma "Awak carilah sendiri. Ada banyak dalam dunia ni mana saya nak ingat." hu hu ye kalau kitorang jumpa tak adalah kitorang nak pergi tanya. Kitorang ada tanya dekat kawan yang dah ambil subjek ni semester lepas dan diorang kata, projek diorang simple je tak sesusah kitorang punya. Dengan projek susah satu hal, dah buat report kena lagi buat paper fuhh.

Kemuncakknya hari khamis haritu kitorang ada test 2 untuk subjek ni dan buat dekat perpustakaan. Sebelum buat keputusan untuk tarikh test 2, jumaat lepas classrep tiba-tiba bagitau dekat dalam group whatsapp yang lecturer nak buat test malam tu juga. Semua terkejut beruk lah cerita dia, mana sempat nak study. Cuba minta classrep kompromi dengan lecturer tu dan decide untuk buat hari isnin malam. Masa tu dah redha dah walaupun isnin tu hari cuti. Bila dah nak sampai isnin, tiba-tiba kena tangguh pula testnya sebab lecturer lupa nak ambil kertas soalan dekat hea. Jadi kena buat hari biasa, pecah beberapa slot sebab kelas tu ramai jadual lain-lain. Kite dan kawan-kawan pilih slot hari khamis.

Memandangkan test tu dah buat dekat perpustakaan maka kerusi meja memang kena susun sendiri dan test berlangsung macam biasa untuk 1 jam setengah. Selain test, kitorang kena submit pembetulan untuk test 1 haritu juga sebelum tengah hari sebab lecturer kata nak tolong bagi markah tambahan. OKAY, FOKUS. Test 2 tadi habis hampir pukul 12 tengah hari dan kitorang nak submit terus pembetulan test 1 dekat lecturer masa tu juga tapi dia taknak. Dia insist untuk kitorang hantar dekat bilik dia dan kena hantar sebelum dia sampai dekat bilik dia. Maka kitorang pun kelang kabut nak susun meja dan berlari ke bilik dia.

Tak lama lepastu kite terbaca story whatsapp kawan kata yang dia nangis nangis sebab terlambat 4 minit je nak hantar pembetulan test 1 tapi lecturer tu kata "Sorry dah lebih masa". Orang mungkin akan kata memang salah dia sebab hantar lambat but NO, dia nak hantar dari pagi lagi tapi lecturer tu insist suruh hantar tengah hari dekat bilik dia. Kite memang speechless gila dengan lecturer ni. Kite taktau lah sebenarnya dia nak bantu student ke tak sebab memang tak nampak pun kat mana yang dia bantu tu.

Dengan test 2 yang memang tak ada harapan nak lulus sebab tak faham apa dia ajar. Dengan subjek ni tak ada final exam jadi memang mengharap dengan test, lab dan projek je. Haih, taktau lah sepatutnya subjek elektif ni jarang jarang student gagal tapi nampaknya macam gelap je harapan bukan setakat A, lulus pun macam tak nampak je.

ps; right now I'm writing a summary of method related to my mini project for extra mark (again.)

11 comments:

  1. i really can related with this. kekadang rasa macam tak patut dengan lect campur aduk emosi dia dengan kerja dia then effect kat student dia. part baca slide tu allahu lagila paham. i have this one calculation subject and my lecturer just read from the slide and make calcultion in his brain. so what he expect from me? drill his head :')

    ReplyDelete
  2. perangai lecturer memang macam macam hm moga tabah! :D

    ReplyDelete
  3. That is so friggin' annoying. May all your hard work pays off.

    ReplyDelete
  4. Sabar ye.. faham sangat dengan perasaan awak tu. masa dip pernah ada sorg lect yang mcm tu.. mengajar calculation dekat slide then suruh kite buat tuto esok hantr. total soalan ada 4. stu soalan calculation panjang smpai 3-4 page. ya Rabbi.. memang nangis lah. mntak tolong kawan ajar.. :'(

    ReplyDelete
  5. seram aku tengok gif tu hahaha

    ReplyDelete
  6. Lecturer yang baca slide je idk for me you don't deserve to stand on the position. Takat baca lecturer sesiapa pun boleh buat

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah semua my lecturer baik-baik dan sangat mudah untuk di dekati . tapi ada sorg lecturer nie dulu , dia ajar subject acc . Dia jenis islamic sikit , nvm la tu . yang jadi masalahnyaaa dia jenis suke push kitorg untuk beli buku rujukan yang harga 1++ . Buku tu tak guna mane pun , masih cantik sampai sekarang even dah 2 tahun grad . Kalau tak beli dia cakap macam nie " awak jangan tanya kenapa kalau awak failed final exam nie " . Wei , sejenis ugutan ape nie . Then Bila time final , dia ada datang untuk tengok kitorang jawab exam , after habis jawab tu kitorg semua cakap la kat dia soalan susah . U know what apa yang dia cakap "awak nie mesti banyak buat maksiat nie" . maigoodddd !!! Cannot brain . . . (maksiat bagi dia suka mengumpat , ada buat salah dengan orang , something like that la )

    ReplyDelete
  8. sedihnya kena hadap lecturer mcm tu..

    ReplyDelete
  9. I gotta say, I love that gif hahahaha. Are you by any chance, a fan of anime or mangas? I'm curious hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha I am a fan of anime! But the gifs I usually use in my post are randomly found on google using keyword that somewhat related the what I write xD

      Delete